Friday, November 21, 2014

Perlawanan Bola Jaring dan Bola Sepak Antara Kelas Tahun 6 2014

Pada 10 November hingga 15 November 2014 yang lalu, perlawanan bola jaring dan bola sepak telah diadakan antara kelas tahun 6. Perlawanan ini merupakan salah satu aktiviti selepas UPSR.

 Tujuan perlawanan ini adalah untuk :
  • memberi pengalaman kepada murid-murid tahun 6 tentang cara permainan yang sebenar bagi permainan bola jaring dan bola sepak.
  • meningkatkan keyakinan diri dan keberanian dalam pertandingan.
  • mencungkil bakat murid melalui pertandingan.
  • merapatkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
Keputusan pertandingan bola jaring:
  • Tempat Pertama : 6 Resak
  • Tempat Kedua    : 6 Jati
  • Tempat Ketiga   : 6 Seraya
  • Tempat Keempat : 6 Balau
Keputusan pertandingan bola sepak:
  • Tempat Pertama   : 6 Meranti
  • Tempat Kedua     : 6 Cengal
  • Tempat Ketiga     : 6 Balau
  • Tempat Keempat : 6 Nyatuh
Berikut adalah paparan gambar pasukan yang layak ke pertandingan akhir bagi perlawanan bola jaring dan bola sepak.

Perlawanan akhir bola sepak antara 6 Cengal dan 6 Meranti
Perlawanan akhir bola jaring antara kelas 6 Jati dan 6 Resak.
Pasukan bola jaring yang layak ke perlawanan akhir.
Pasukan bola sepak yang layak ke peringkat akhir.

Disediakan oleh :

Puan Zailezah bt Sardi
Puan Roseniza bt Setapa

No comments:

Post a Comment