Thursday, November 12, 2015

Hari Jalinan Mesra Siri 2 / 2015

Makluman kepada semua  ibu bapa / penjaga :
Hari Jalinan Mesra Siri 2/2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh      : 13 November 2015 (Jumaat)
Masa        :  8.00 pagi – 10.00 pagi (sesi pagi)
                    3.00 petang – 5.00 petang (sesi petang)
Tempat     :  Bilik darjah anak masing-masing.

Adalah diharapkan ibu bapa / penjaga murid dapat meluangkan masa hadir ke sekolah berbincang dengan guru kelas tentang perkembangan pelajaran anak masing-masing. Kepada ibu bapa / penjaga yang belum menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 sebuah keluarga, diharap dapat berbuat demikian pada hari tersebut.

   Kaunter sumbangan Wakaf Surau SKTPP juga akan dibuka. Bagi yang berhajat untuk menyumbang pihak sekolah amat-amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



3 comments:

  1. Mohon pihak sekolah bg makluman AWAL... sms pun baru diterima pukul 9.30 mlm pada 12hb.. ni menyusahkan ibubapa utk uruskan cuti..patut hari isnin 9hb sms sudah boleh dihantar.

    ReplyDelete
  2. Maaf lambat maklum sebab terlupa dek kerana cuti panjang Deepavali. Tapi surat sekolah dah beri kepada murid-murid pada hari Khamis 5.11.2015 yang lalu.

    ReplyDelete