Thursday, November 5, 2015

Program Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan November Dan Disember (Sesi Petang)

Alhamdulillah, selesai sudah program yang telah dirancang.

Hari ini merupakan majlis sambutan hari lahir murid yang terakhir pada tahun ini iaitu bulan November dan Disember. Seramai 143 orang murid diraikan pada bulan ini.

Kek pada bulan ini telah disumbangkan oleh PIBG dan Cik Roslinda bt Mansor. Jutaan terima kasih diucapkan.

.....Selamat Hari Lahir ....
Semoga kalian diberkati, dipermudahkan segala urusan dan ceria selalu

Murid menerima hadiah sempena hari lahir mereka

Semua murid diraikan dengan nyanyian lagu Hari Lahir

Guru yang lahir pada bulan November turut meraikan bersama-sama murid
Disediakan oleh
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment