Monday, November 2, 2015

Sambutan Hari Lahir untuk bulan November dan Disember

Pada 2hb November, 2015 telah diadakan Sambutan Hari Lahir yang telah menjejak kali ke-11 sepanjang tahun 2015. Untuk sambutan kali terakhir ini, majlis telah diadakan serentak bagi meraikan murid-murid yang menyambut kelahiran mereka dalam bulan November dan Disember. 

Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP telah berkenan untuk menyampaikan hadiah hari lahir kepada semua murid berkenaan. Majlis kali ini telah diserikan dengan sumbangan 6 biji kek daripada pihak PIBG dan guru SKTPP iaitu Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor. Ucapan terima kasih dilayangkan untuk para penyumbang. Terutama kepada pihak PIBG yang telah menjadi penyumbang utama kepada majlis Sambutan Hari Lahir sejak bulan Januari 2015.

Semoga majlis untuk meraikan hari istimewa dalam hidup anak-anak murid SKTPP akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. 





No comments:

Post a Comment