Monday, November 2, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke- 39 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh : 02 November 2015
Masa   : 1.20 - 1.50 petang

Guru Bertugas:
    1.  Cik.  Noor Azlinda  Kasmin(Ketua)
    2.  Pn. Hastipa Mat Daud
    3.  Pn. Salmi Amir
    4.  Pn. Suhaizan Sukiman
    5.  En. Saifullah Mat Saupi
    6.  Cik. Zalina Ismail
    


LAPORAN/ULASAN:
Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Petang

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Arif Arfan b. Abd. Razak (3 Surgeri).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Suhaizan bt Sukiman.
d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa bt. Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi).

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Saadiah bt Busrah)


a) Murid- Murid dinasihati supaya jangan menjerit pada waktu selepas rehat terutamanya murid tahun 3 yang menjadi contoh tauladan kepada murid tahun 1 dan 2.
b) Murid -murid diingatkan supaya jangan membuang sampah merata rata terutamanya di dewan perdana dan dewan putra  pada waktu selepas rehat.
c) Ketika loceng waktu rehat berbunyi murid-murid hendaklah beratur untuk masuk ke dalam kelas. Murid dilarang sama sekali berlari dan tolak menolak antara satu sama lain. 

Guru bertugas minggu lepas Pn. Saadiah

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Suhaizan bt Sukiman)


a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Murid yang terlibat dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum perlu datang sesi pagi pada hari Rabu 4 November 2015



Guru bertugas minggu ini Pn Suhaizan

4) Ucapan Guru Penolong Kanan Petang(Pn Rosmah bt Jamat)

a) Murid-murid dilarang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah kerana kurang berkhasiat. Murid juga tidak dibenarkan membeli permainan.
b) Murid-murid dikehendaki memulangkan buku teks  pada minggu ini  dan sesiapa yang kehilangan buku teks hendaklah membayar ganti rugi.
c) Cuti sekolah sempena perayaan deepavali adalah bermula pada 9-12 November iaitu hari isnin-khamis. Hari Jumaat Murid-murid bersekolah semula seperti biasa.

Ucapan PK Petang Pn. Rosmah bt Jamat
Disediakan oleh:
Hastipa Mat Daud

No comments:

Post a Comment