Monday, November 2, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-39 (Sesi Pagi)

Hari   : Isnin
Tarikh : 02 November 2015
Masa : 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas:
    1.  En. Ahmad Musrizuan Daud (Ketua)
    2.  En. Mohd Rusydan Ismail
    3.  Pn. Norliza Binti Ali @ Yasim
    4.  Pn. Nor-Azura Mustafa
    5.  Pn. Noor Azila Ngah
    6.  Pn. Norinna Mohamed
    7.  Cik Nor Shuhada Mohd Noor

Laporan

1. Nyanyian,Bacaan Doa dan Ikrar
·                     Nyanyian 3 buah Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Adik Norainna 
·                     Bacaan doa oleh Adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar, pengawas yang bertugas.
·                     Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Norinna Mohamed
·                     Bacaan Ikrar murid diketuai oleh Ketua Pengawas Iffah Firzana binti Zulhazmi

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Laporan disampaikan oleh Puan Nurul Iman. Beliau menyatakan Peperiksaan Akhir Tahun berjalan dengan lancer begitu juga aktiviti Hari Kebudayaan Tahun 6. Beliau juga mengulangi peringatan kepada murid-murid agar tidak membeli makanan di luar sekolah.

3. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Norinna Mohamed)
·                     Beliau memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini dan memaklumkan kepada murid-murid supaya berjumpa dengan guru bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah.
·                     Tema pada minggu ini adalah "Sepakat Membawa Berkat". Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik. Jika kita saling berbaik-baik dan saling membantu, kita akan banyak menikmati faedahnya.

4. Ucapan Guru Besar, Puan Rohaidah bt. Mohd. Ali
·                     Beliau mengucapkan tahniah atas kehadiran yang baik.
·                     Beliau juga memuji murid-murid kerana ramai yang membawa buku teks untuk dipulangkan semula kepada sekolah.
·                     Beliau mengingatkan murid-murid untuk tidak membeli makanan di luar sekolah. Ini adalah kerana makanan yang dijual tidak berkhasiat, tiada kualiti serta cara penyediaan yang diragui kebersihannya.
·                     Beliau menyatakan bahawa kantin sekolah telah dipecah masuk buat kali kedua jadi beliau berharap warga SKTPP memberi kerjasama dan memainkan peranan masing-masing agar kes kecurian di sekolah tidak berulang.
·                     Beliau memaklumkan bahawa:
Rabu (04 November 2015) : Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum 
Jumaat (13 November 2015):Hari Jalinan Mesra
Rabu (18 November 2015) : Hari Anugerah Cemerlang 2015
·         Beliau turut berkongsi berita gembira tentang pencapaian sekolah menerima Anugerah Insentif Jaya PPDa dan pencapaian peribadi menerima Anugerah kepimpinan Berterusan PPDa sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Sepang bawah Program Transformasi Daerah (DTP) Peringkat Daerah Sepang Tahun 2015. 

Guru Bertugas minggu lepas Puan Nurul Iman

Juruacara Puan Norinna

Guru Besar menyampaikan amanat minggu-minggu terakhir persekolahan


Plak Pencapaian Guru Besar

Plak Pencapaian Sekolah



Sijil-Sijil Pencapaian
 Disediakan oleh :
Pn. Norliza Ali @ Yasim
Pn. Noor Azila Ngah 

No comments:

Post a Comment