Saturday, March 26, 2016

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2016

Unit Gemilang  UPSR 2016 dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris telah berjaya mengadakan Bengkel Teknik Menjawab bagi mengisi slot kelas tambahan pada hari Sabtu 26 Mac 2016.
Objektif pelaksanaan program :
  • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR mengikut format terkini.
  •  Memberikan panduan  menjawab soalan semasa menduduki UPSR nanti.
Program ini dijalankan di Dewan Perdana dan Makmal Komputer 2.
Semua murid tahun 6 terlibat, dibahagikan kepada 2 kumpulan :
Kumpulan 1 terdiri daripada murid kelas  Zeta, Theta dan Sigma
Kumpulan 2 terdiri daripada murid kelas Omega, Lambda, Gamma, Delta, Beta dan Alfa

Dua orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang penggubalan soalan dan penandaan kertas telah dijemput untuk mengendalikan program ini.
Penceramah Bahasa Melayu: En. Shahidan bin Saad (Makmal Komputer 2)
Penceramah Bahasa Inggeris : En. Nazri bin Samsudin (Dewan Perdana )







Murid-murid telah dibekalkan dengan modul  bengkel yang disediakan oleh penceramah-penceramah jemputan. Modul ini akan dapat membantu murid-murid semasa pengendalian bengkel agar mereka dapat memberi lebih tumpuan terutama isi kandungan yang disampaikan oleh penceramah.

Guru-guru matapelajaran juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan berdasarkan format terkini kertas soalan UPSR.

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini  murid-murid dapat mengaplikasikan segala teknik yang telah disampaikan oleh penceramah semasa sesi pembelajaran di dalam kelas dan seterusnya ketika menduduki UPSR nanti.

No comments:

Post a Comment