Pada
1 Mac 2016, telah diadakan pelancaran Program The Champion dan G-8 di Dataran
Perhimpunan SKTPP. Program ini diselia di bawah unit Kurikulum dengan kerjasama
unit Bimbingan dan Kaunseling (BBK). Program The Champion ini merupakan satu
program hasil pemikiran Ketua Pengarah Pendidikan Selangor dengan tujuan untuk
meningkatkan Pencapaian UPSR Negeri Selangor.
Sasaran murid Champion adalah murid yang akan menduduki UPSR. Seramai 50 orang murid tahun 6 yang akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan pencapaian terbaik dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1) yang akan diadakan pada 8-10 Mac ini. Unit yang berkenaan akan bertanggungjawab memastikan murid-murid tersebut mendapat latihan, bimbingan dan tunjuk ajar agar sasaran 6A UPSR tercapai.
Manakala G-8 pula adalah program untuk murid yang memperoleh gred C dan D. Murid-murid ini akan digilap dan diberi tunjuk ajar yang lebih ke arah meningkatkan potensi mereka agar memperoleh gred A dan B dalam pencapaian UPSR nanti.
Kami
di SKTPP mengharapkan pencapaian yang terbaik untuk anak-anak didik kami. Kami
sentiasa mendoakan yang terbaik buat murid-murid Champion dan juga semua murid UPSR.
Berikut gambar sepanjang majlis pelancaran...
Pn. Mazaini Muda selaku pengerusi majlis
Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman Abdullah
Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (GURU BESAR SKTPP)
memberi ucapan dan merasmikan Pelancaran Program The Champion dan G-8 2016
Wakil dari 9 kelas tahun 6 memberikan slogan masing-masing untuk ditandatangani oleh
Pn. Guru Besar sebagai tanda memberi semangat dan sokongan terhadap murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2016
Murid-murid SKTPP semasa pelancaran dilaksanakan.
Kami berharap semua murid SKTPP terus cemerlang di masa akan datang.
Semoga SKTPP terus unggul.
Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin
No comments:
Post a Comment