Hari: Selasa
Masa: 1.30 - 2.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan SK Taman Putra Perdana (SKTPP)
Sasaran: Guru-guru SKTPP
Pengenalan:
VAKS adalah singkatan dari 4 perkataan iaitu Visual, Audiotori, Kinestetik dan Spirit. VAKS adalah suatu program yang memberi penekanan kepada 4 saraf utama dalam diri manusia.VAKS adalah suatu aktiviti rangsangan 4 saraf utama iaitu Saraf Visual (saraf penglihatan), Saraf Audiotori (saraf pendengaran), Saraf Kinstetik (saraf pergerakan dan sentuhan) dan Saraf Spirit (saraf hati). Ia dilakukan secara berterusan dan konsisten.
Sistem diri manusia adalah dinamik iaitu boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan persekitaran. Khususnya sistem saraf manusia, apabila diberikan rangsangan ia akan berubah mengikut rangsangan yang diterima. Sesuatu yang dilakukan berulang kali akan menjadi habit dan tabiat. Apabila kita merangsang 4 saraf utama, kita juga merangsang penerimaan maklumat pada otak kita,
Para guru akan menyedari akan kepentingan:
1. Membimbing murid menggunakan kekuatan dan kelebihan otak dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembinaan sahsiah diri.
2. Meningkatkan prestasi murid dengan melakukan aktiviti rangsangan 4 saraf utama dalam menggapai impian dan matlamat
3. Mengukuhkan keyakinan murid bahawa mencipta kejayaan, usaha berterusan adalah faktor utama pencapaian kecemerlangan
4. Memberi kesedaran kepada murid bahawa kejayaan itu adalah usahasama strategik dengan mengukuhkan sinergi antara murid, guru dan ibubapa
Berikut gambar sepanjang Taklimat Program SUPERVAKS:
No comments:
Post a Comment