Monday, March 28, 2016

Pelancaran Program Linus Guru Kecil

Pada hari ini, 28 Mac 2016 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Linus Guru Kecil anjuran bersama Jawatan kuasa LINUS dan Unit Pemulihan Khas SK Taman Putra Perdana. Program ini mensasarkan objektif seperti berikut:-
  1. Membantu meningkatkan kadar celik huruf dalam kalangan murid.
  2. Membantu murid Linus menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan lebih cepat.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah binti Jamat dengan simbolik penyerahan sijil kepada Guru Kecil dan penyerahan modul kepada murid Linus yang dibimbing.  

Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada Program Bacaan Pintar (mentor-mentee) yang pernah dijalankan pada tahun lepas.  Di dalam program ini, Guru Kecil akan membimbing dan membantu murid Linus untuk mempertingkatkan kemahiran membaca mereka.  Program yang dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis ini akan dipantau oleh guru-guru Linus yang bertugas.

Detik-detik yang sempat dirakam sekitar majlis pelancaran....


Pn. Azura Farina selaku pengacara Majlis
Pn. Rosmah binti Jamat menyampaikan sijil kepada Guru Kecil

Guru Kecil dan murid yang dibimbing



Kami benci DARVIH 

No comments:

Post a Comment