Friday, July 20, 2018

Hari Jalinan Mesra 2018 - Sesi Pagi

Hari : Jumaat
Tarikh : 20 Julai 2018
Masa: 8.00 - 11.30 pagi

Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing. Mereka juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran untuk berbincang, mengajukan pertanyaan dan sebagainya berkaitan tahap penguasaan, perkembangan dan pencapaian akademik anak mereka. Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru sesi pagi diadakan di kelas anak masing-masing. 

Objektif Hari Jalinan Mesra ini diadakan adalah untuk: 

  • memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing .
  • memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak didik SKTPP yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran yang diuji.  Sekalung ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak serta pihak sekolah.

Memori yang sempat dirakamkan ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru:

























No comments:

Post a Comment