Friday, July 20, 2018

Program Minggu Bahasa Melayu 2018 (Sesi Petang)

Program Minggu Bahasa Melayu ialah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sehubungan itu, Program Minggu Bahasa Melayu disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan potensi murid dengan menambahkan kosa kata Bahasa Melayu serta meningkatkan keyakinan diri untuk menyertai pelbagai pertandingan yang akan dianjurkan di peringkat sekolah. Selain itu, program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Diharap program ini mampu memberi keyakinan dan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah menjadi murid yang berpengetahuan luas dan serba boleh.

Objektif program adalah seperti berikut:
3.1 Menambah pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu.
3.2 Mendedahkan pengalaman baru kepada murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
3.3 Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk semangat bekerjasama sesama murid dan juga guru.
3.4 Sebagai aktiviti tahunan Panitia Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA, antaranya;

Prasekolah   - Tulisan Cantik
PPKI           -  Permainan Bahasa               
Tahun 1        - Pertandingan Bercerita
Tahun 2        - Pertandingan Bercerita
Tahun 3        - Pertandingan Bercerita
Tahun 4        - Pertandingan Bersajak
Tahun 5        - Pertandingan Bersyarah
Tahun 6        - Pertandingan Bersyair

 Antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program.

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu sesi petang



Pertandingan yang dijalankan sepanjang program (sesi petang)

Pertandingan Bercerita

Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi. 


 Majlis Penyampaian Hadiah..


Disediakan oleh;
Nor Latipah

No comments:

Post a Comment