Monday, July 2, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-24 (Sesi Petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 2 Julai 2018
Masa: 1.20 - 1.50 petang


Guru Bertugas Kumpulan H:
1. Afandi bin Mat Zain (K)
2. Nor Holwani binti Yahaya (P)
3. Nora Azean binti Che Othman
4. Hastipa@Zaiton binti Mat Daud
5. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
6. Mohammad Hasbullah bin Zainal Abidin
7. Nor Latipah binti Che Yusoff



Pengacara Majlis : En.Mohammad Hasbullah bin Zainal Abidin

Tema pada minggu ini adalah mengenai pemakanan seimbang.

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Beliau juga turut menyarankan kepada murid-murid supaya memilih pemakanan seimbang untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Lafaz ikrar dan bacaan doa yang diketuai oleh Pengawas Sekolah



Ucapan guru bertugas minggu lepas, Puan Nadzirah binti Wahab. Antara perkara yang disuarakan adalah mengenai murid-murid yang membawa duit dengan jumlah yang banyak ke sekolah setiap hari. Hal ini akan mengundang murid kehilangan duit sama ada keciciran mahupun kecurian.
Beliau juga mengingatkan kepada murid supaya tidak berlari di kawasan persekitaran sekolah.

Pertandingan Keceriaan Kelas pada minggu ini:

Tahun 1:
Tempat Pertama : 1 Sony
Tempat Kedua : 1 Samsung
Tempat Ketiga :1 Huawei





















Tahun 2 :
Tempat Pertama: 2 Ibnu Thufail
Tempat Kedua : 2Ibnu Battuta
Tempat Ketiga : 2 Ibnu Khaldun





















Tahun 3 :
Tempat  Pertama : Harmoni
Tempat Kedua : Jujur
Tempat Ketiga : Intelek

Ucapan Penolong Kanan Petang Puan Jumilah binti Ahmad. Beliau menyampaikan pesanan dan ingatan kepada murid-murid supaya tidak membuat bising di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Beri tumpuan kepada belajar dan selalu memberi perhatian kepada cikgu yang sedang mengajar.

Posted by : Nora Azean

No comments:

Post a Comment