Friday, July 20, 2018

Hari Jalinan Mesra 2018 - Sesi Petang

Hari : Jumaat
Tarikh : 20 Julai 2018
Masa : 2.30 - 5.30 petang

Masa yang ditunggu-tunggu oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Taman Putra Perdana telah tiba. Pada hari yang berbahagia ini telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri Pertama bagi tahun ini. Program Hari Jalinan Mesra yang berlangsung saban tahun ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa dan penjaga untuk berinteraksi secara langsung dengan guru kelas mahupun guru mata pelajaran untuk membincangkan kemajuan dan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan. Terima kasih buat ibu bapa / penjaga atas keprihatinan yang ditunjukkan. Semoga anak-anak kita akan lebih bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk membaiki kelemahan yang ada dan seterusnya lebih cemerlang pada masa depan.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang berlangsung pertemuan pada hari ini.










































Disediakan oleh Abdul Hafiz b Abdul Halil.

2 comments:

  1. Salam cikgu..saya xndpt hadir pd hari jalinan mesra..dan hari ni saya baru dapat membuka saps.malangnya bila dibuka keputusan peperiksaan anak saya ada yg tersalah..anak saya mendpt B dlm subjek matematik tapi tertera D..ia memberi kesan peratus dan nombor kedudukan dlm kelas dan tahun.apa yg boleh dibuat ye?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Tuan diminta datang ke sekolah dan berbincang dengan guru kelas berkaitan hal ini. Tkasih..

    ReplyDelete