Monday, July 23, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-27 (Sesi Petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 23 Julai 2018
Masa: 1.20 petang hingga 2.30 petang

Guru Bertugas:
1. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
2. Pn. Nor Maziah binti Abd Malek
3. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
4. Pn. Fadhilah binti Talib
5. Pn. Rabihah binti Amirudin
6. Pn. Siti Maziah binti Muhamad Tajudin
7. Pn. Zauiyah binti Ismail

Barisan guru bertugas

Laporan perhimpunan:

Pengacara majlis: En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

1. Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
  • Bacaan doa oleh Penolong Ketua Pengawas Rayyan Hayy (3 Jujur).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh En. Nor AmirulFitri b Othman.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Damia Batrisya (3 Intelek).

Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas

2. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
  • Murid dinasihatkan supaya menjaga keselamatan ketika di dalam kawasan sekolah.
  • Murid diminta agar tidak bergurau berlebihan dengan rakan-rakan sehingga menyebabkan kcederaan.
  • Kebersihan bilik darjah perlu diperbaiki.

3. Perkataan Lawad
  •  Bahasa Melayu : Berpusu-pusu → berduyun-duyun
  •  Bahasa Inggeris : Placed → meletakkan 
  •  Bahasa Arab : As-Sabi'u  (السابع) → ketujuh

4. Tema ucapan oleh En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

Tema: Hormati Ibu Bapa
    • Menggunakan bahasa yang lembut dan sopan ketika bercakap.
    • Mencium tangan ketika bersalaman sebelum dan selepas ke sekolah.
    • Mendengar cakap dan nasihat yang diberi oleh ibu bapa.
5. Acara penyampaian hadiah untuk pertandingan Minggu Bahasa Melayu 2018

Pemenang menerima hadiah

Pemenang menerima hadiah 
Pemenang menerima hadiah


Pn. Nik Rosmaliza selaku juruacara

Perhimpunan tamat pada pukul 2.30 petang.

No comments:

Post a Comment