Monday, November 5, 2018

Digital Competency Score | TAPIR HERO SPACE

DCS atau Digital Competency Score adalah satu penilaian murid berasaskan gamefiction untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam TIGA aspek iaitu aspek TEKNOLOGI, DIGITAL CITIZENSHIP dan COGNETIVE

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011 - 2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; serta penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24  sekolah terpilih pada tahun 2015. Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada November 2018.

http://selangor.tapirhero.online

Penilaian ini buat masa ini dikhususkan hanya kepada murid-murid Tahun 6 sahaja. Penilaian ini dijalankan berdasarkan permainan TAPIR HERO - Bring Back The Sun. Murid (yang berminat) yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sebuah sijil penyertaan seperti di bawah ini.



Sijil penyertaan ini bolehlah dicetak dan diserahkan kepada Guru Kelas selewat-lewatnya pada 8 November 2018. Buat pengetahuan semua, sijil ini boleh direkodkan ke dalam laporan PAJSK anda.

Jadi tunggu apa lagi? Bertindak segera kerana tinggal beberapa hari lagi sebelum laporan PAJSK ditutup. Inilah masanya untuk anda berpeluang memiliki Sijil Peringkat Kebangsaan.

 PANDUAN MURID (Log Masuk)
  1. Di halaman utama, masukkan nombor MyKad / MyKid anda sebagai Nama Pengguna dan empat (4) digit nombor myKad / MyKid anda sebagai Kata Laluan.
  2. Klik LOGIN 
 http://selangor.tapirhero.online/

MULA BERMAIN & MENJAWAB
  1. Klik PLAY.
  2. Ikut arahan pada setiap skrin. Pastikan anda menjawab dan lengkapkan semua peringkat.
  3. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

2 comments:

  1. Apps yg teruk. Susah utk menghabiskan game kerana tidak dpt scroll ke tepi atau ke tengah.

    ReplyDelete