Monday, November 12, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-42 (Sesi Pagi)

Tarikh : 12 November 2018
Hari     : Isnin
Masa    : 7.20 pagi
Tempat : Dewan Perdana

Senarai Guru Bertugas :

1. En. Srimahathevan A/L Vadivelu
2. En. Ahmad Mustafid Bin Mat Shariff
3. Pn. Arnny Yusnita Bt Md Enarji
4. Pn. Roslina Bt Jafar
5. Pn. Norinna Bt Mohamed
6. Pn. Noor Hanawati Alinda Bt Abd Taib Puruji
7. Pn. Umi Nazrah Bt Saharoni
8. Pn. Azwani Bt Nordin
9. Cik. Komagal A/P Kunaisekaran

Barisan guru bertugas

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah

  • Bacaan doa oleh Adik Muhammad Haziq Aiman Bin Hamdan (6 Patologi).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Umi Nazrah Bt Saharoni (Guru Bertugas).
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nurin Adlina Bt Hassan (6 Surgeri).
Pengawas Bertugas

2. Ucapan Guru Bertugas oleh Pn. Umi Nazrah Bt Saharoni

Tema: Keselamatan Diri Semasa Bercuti

Cuti akhir tahun sekolah akan bermula tidak lama lagi. Pada masa cuti, kebiasaannya murid-murid akan banyak terlibat aktiviti luar seperti mandi pantai, berbasikal di jalan raya dan sebagainya.  Maka murid-murid dinasihatkan agar sentiasa mematuhi etika keselamatan ketika bercuti panjang ini. Murid hendaklah memanfaatkan waktu cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa dengan gejala yang tidak sihat.

Perkataan LAWAD:

Bahasa Melayu : Prabayar - Telah dibayar terlebih dahulu
Bahasa Inggeris : Glooming - Sayu
Bahasa Arab : Qaus Quzah - Pelangi

3. Majlis Penyampaian Hadiah 

3.1 Pertandingan Persembahan Disney Cabaran Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2018
  • Dua orang murid SK Taman Putra Perdana yang mewakili Selangor telah berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan ini.
Murid-murid (peserta pertandingan)
          a) Nur Alya Syuhanis Bt Shahrizal
          b) Amirah Syadiyah Bt Samsuri

3.2 Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Selangor 2018
  • Pasukan Pandu Puteri Tunas SK Taman Putra Perdana telah berjaya menjadi NAIB JOHAN Pasukan Unit Beruniform Cemerlang Peringkat Negeri Selangor.

Penerima hadiah Pasukan Pandu Puteri Tunas

3.3 Carnival Grassroot Football U8, U10 dan U12 2018 ( YOK... MAIN BOLA!)

  • Murid SK Taman Putra Perdana mewakili Pasukan Soccer Star Academy ke Kejohanan Karnival Bola Sepak U8, U10 dan U12 di Batu Anam Segamat, Johor telah mendapat tempat NAIB JOHAN dalam kategori U12.
Murid SKTPP bersama Pasukan Soccer Star Academy

4.0 Ucapan Pentadbir Penolong Kanan Kokurikulum (En. Shahrizal Bin Ya'am)

  • Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas dan Kelab Soccer Star Academy atas kejayaan yang diperolehi. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
  • Mengucapkan Selamat Berjaya kepada atlit-atlit sekolah ini dalam permainan hoki, sepak takraw, bola sepak, bola baling dan kriket yang terpilih mewakili Daerah Sepang ke Kejohanan KATMO dan Bawah 11 tahun Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung dalam minggu ini.
  • Pada Hari Selasa (13/11/2018) pihak sekolah akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil penghargaan dan hadiah. Objektif utama majlis ini untuk meraikan semua murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan sepanjang tahun ini.
  • Pada Hari Sabtu (10/11/2018) yang lepas juga telah diadakan Majlis Graduasi Tahun 6. Tahniah kepada barisan jawatan kuasa pelaksana yang berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya.
  • Projek wakaf surau SKTPP akan diteruskan. Barisan jawatan kuasa telah bersetuju untuk memperbesarkan surau sedia ada bagi menampung lebih ramai jemaah berbanding sekarang. Sumbangan dari ibu bapa atau pihak-pihak komuniti sangat dialu-alukan dan boleh terus menghubungi pihak sekolah.
  • Murid-murid dilarang bermain di kawasan longkang sekitar sekolah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Ucapan PK Kokurikulum En. Shahrizal Bin Ya'am


Majlis perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

No comments:

Post a Comment