Friday, November 16, 2018

Hari Jalinan Mesra 2 / 2018 - Sesi Pagi

Hari : Jumaat
Tarikh : 16 November 2018
Masa: 8.00 - 11.30 pagi

Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Mereka juga diberi kesempatan bertemu dengan guru kelas dan guru-guru mata pelajaran untuk berbincang, mengajukan pertanyaan dan sebagainya berkaitan tahap penguasaan, perkembangan dan pencapaian akademik anak mereka. Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru sesi pagi diadakan di kelas anak masing-masing. 

Objektif Hari Jalinan Mesra ini diadakan adalah untuk: 
  • memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing .
  • memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak didik SKTPP yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran yang diuji.  Sekalung ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak serta pihak sekolah.

Memori yang sempat dirakamkan ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru:










No comments:

Post a Comment