Monday, January 7, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-2 (Sesi Pagi)

Tarikh: 7 Januari 2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP


Pengacara Majlis: Norli Binti Hassan
Senarai Guru Bertugas:

1. Srimahathevan
2. Ahmad Zubair
3. Norasmawati
4. Zailezah
5. Siti Aisah
6. Umi Nazrah
7. Arjunawati
8. Nor Hana
9. Safinatunajakh

Barisan guru bertugas sesi pagi minggu ke-2 
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Pn Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Muhammad Syahmi Wafiq Bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norli Binti Hassan
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal (6 Tabla)



2. Laporan Bertugas Minggu Lepas - Cik Roslinda Binti Mansor
  • Murid-murid masih keliru untuk menggunakan tangga yang betul untuk turun dan naik ke kelas. Guru menerangkan tangga yang betul.
  • Masih terdapat ramai murid yang datang lambat ke sekolah yang mana sepatutnya murid-murid wajib ada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
  • Apabila beratur di Dataran Perhimpunan, barisan setiap kelas adalah berdua-dua dan letakkan beg sekolah di bahagian tengah barisan kelas masing-masing. Apabila beratur di Dewan Terbuka, barisan setiap kelas adalah bertiga-tiga dan beg sekolah diletakkan di riba masing-masing.

3. Ucapan Tema - Peraturan sekolah 1 oleh Pengerusi Majlis (Puan Norli Binti Hassan) 


4. Pengumuman Aktiviti Kokurikulum bagi tahun 2019 - Puan Astina:-
  • Perjumpaan aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari Rabu, mulai 9 Januari 2019. 
  • Bermula dari jam 7.30 - 8.30 pagi dan 1.20 - 2.20 petang. 
  • Perjumpaan pertama 7.30 pagi : Mesyuarat Agung untuk Unit Beruniform
  • Perjumpaan kedua 1.20 petang : Mesyuarat Agung untuk Kelab dan Persatuan
  • Jadual tempat perjumpaan kokurikulum ditampal di papan kenyataan di luar kawasan bilik persalinan. 


5. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran - Puan Azizah Binti Mokhlas:-
  • Murid-murid hendaklah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa fokus dalam kelas semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) berjalan. 
  • Berazam untuk datang ke sekolah setiap hari dan jangan ponteng sekolah. Mohon sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. 
  • Apabila berada di dalam kelas, mohon agar murid-murid sentiasa menjaga kebersihan serta menjaga harta benda kelas masing-masing dengan dengan sebaik-baiknya. 
  • Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib bagi semua murid Tahap 2. Surat makluman akan diedarkan untuk pengetahuan ibu bapa dan penjaga.




No comments:

Post a Comment