Saturday, January 26, 2019

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Sepang 2018

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Daerah Sepang 2018 telah diadakan pada 26 Januari 2019 di Kip Mall, Kota Warisan. Tahniah buat penerima-penerima anugerah dari SKTPP yang terdiri daripada 4 orang guru, 9 orang murid dan seorang bapa. Tahniah juga buat SKTPP kerana turut menerima anugerah kecemerlangan kokurikulum dalam majlis tersebut. Semoga pencapaian dan kejayaan ini akan menyuntik semangat kepada murid-murid dan warga sekolah. Diharapkan juga agar kita akan lebih berjaya dan terbilang pada masa depan dalam bidang koku, sukan maupun bidang-bidang lain..

Berikut adalah anugerah-anugerah yang telah diperolehi oleh SKTPP;
Anugerah Terbilang Kokurikulum Unit Beruniform Sekolah Rendah 2018
- Amirah Syadiyah binti Samsuri (Perak)

Anugerah Terbilang Kokurikulum Unit Beruniform Sekolah Rendah Pendidikan Khas 2018
- Munirah Wafiah binti Zamri (Perak)

Anugerah Kecemerlangan Guru Sukan (Lelaki) 2018
- En. Ahmad Junaidi bin Abdullah (Emas)
- En. Mohd Izwan bin Mohd Jowahar (Perak)

Anugerah Kecemerlangan Putera Sukan 2018
- Muhammad Akram bin Abd Malek (Perak)
- Muhammad Asyraf Rifa'ie bin Mohd Afindi (Perak)
- Muhammad Adam Azfar bin Mazlan (Perak)
- Muhammad Shahir Syamael bin Shaari (Perak)

Anugerah Kecemerlangan Putera Sukan Pendidikan Khas 2018
- Muhammad Hafiz bin Suhaimi (Perak)

Anugerah Guru Terbilang Kokurikulum Sekolah Rendah (Perempuan) 2018
- Pn. Parimala a/p Vengadaslam (Emas)

Anugerah Guru Terbilang Kokurikulum Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Perempuan) 2018
- Pn. Noor Hayati binti Yusof (Gangsa)

Anugerah Gemilang Kokurikulum Akademik Pendidikan Khas Sekolah Rendah 2018
- Nur Alia Qistina binti Ahmad Ghazali (Gangsa)

Anugerah Kecemerlangan Sekolah Dalam Kokurikulum 2018
- SK Taman Putra Perdana (Gangsa)

Anugerah Khas Kokurikulum Kategori Ibu Bapa 2018
- En. Mazlan bin Norman (Perak)

Selayang pandang majlis apresiasi tersebut...



Setinggi-tinggi tahniah buat semua penerima anugerah. Sesungguhnya kejayaan ini milik warga sekolah keseluruhannya. Syabas buat kita!

No comments:

Post a Comment