Tuesday, January 8, 2019

Majlis Pelancaran Guru Penyayang SKTPP Tahun 2019

Pada 7 Januari 2019, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan majlis pelancaran 'Guru Penyayang Tahun 2019'. Objektif majlis pelancaran ini diadakan adalah untuk membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang terpuji dan disenangi warga sekolah. Selain itu, majlis ini turut diadakan bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Seterusnya, menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Sesi Pagi :

Majlis sebelah pagi dimulakan pada jam 7.20 pagi. Murid-murid berkumpul mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis, Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhammad Taib bagi memohon keberkatan majlis. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Majlis tiba di acara kemuncak iaitu gimik pelancaran 'Guru Penyayang bagi tahun 2019' serta simbolik penyerahan amanah dari Guru Besar kepada guru penyelaras tahun 4, 5 dan 6. Majlis turut diceriakan lagi dengan acara pemotongan kek pelancaran 'Guru Penyayang 2019'. Guru-guru turut berkongsi suapan kek bersama dengan murid-murid. Acara ini menambahkan lagi ikatan kemesraan antara guru dan murid.

Akhir sekali, sesi bergambar bersama-sama dijalankan sebagai tanda ingatan. Majlis bersurai pada jam 8.00 pagi dan murid-murid bergerak ke kelas masing-masing. Dengan adanya majlis pelancaran ini, diharapkan agar nilai kasih sayang yang utuh dapat disemat dalam jiwa para guru dan murid-murid.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PELANCARAN 'GURU PENYAYANG' SESI PAGI TAHUN 2019

Gambar 1: Pengerusi Majlis Puan Arnny Yusnita sedang menyampaikan ucapan.


Gambar 2: Guru Besar SK Taman Putra Perdana Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali sedang menyampaikan ucapan perasmian.


Gambar 3: Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhammad Taib


Gambar 4: Acara gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Puan Guru Besar 


Gambar 5: Gimik pelancaran perasmian 'Guru Penyayang Tahun 2019'

Gambar 6: Simbolik penyerahan amanah dari Puan Guru Besar kepada guru penyelaras tahun


Gambar 7: Acara pemotongan kek pelancaran 'Guru Penyayang Tahun 2019'


Gambar 8: Penolong Kanan Pentadbiran; Puan Azizah binti Mokhlas menyuap kek kepada salah seorang murid

Gambar 9: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Puan Rosmah binti Jamat turut menyuap kek kepada salah seorang murid

Gambar 10: Sesi bergambar guru-guru sesi pagi


Sesi Petang

Majlis pelancaran 'Guru Penyayang Tahun 2019' turut diadakan bagi sesi petang. Majlis dijalankan di Dewan Perdana pada jam 1.20 petang. Murid-murid berkumpul mengikut kelas masing-masing di dewan tersebut. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis. Bagi menambah keberkatan majlis, bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah.

Kemudian, majlis pada sesi petang ini diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali Acara gimik perasmian 'Program Guru Penyayang Tahun 2019' pada sesi petang telah disempurnakan oleh Guru Besar bersama-sama PK Petang; Pn. Jumilah binti Ahmad.

Majlis perasmian ini diteruskan dengan acara simbolik penyerahan amanah dari Guru Besar kepada Guru Penyelaras Tahun 1, 2 dan 3. Majlis ini turut diserikan lagi dengan acara pemotongan kek. Kek ini turut dikongsi bersama-sama dengan murid. Jelas kelihatan kemesraan antara guru dan murid melalui acara ini.

Majlis pada sesi petang diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama semua guru. Semoga nilai kasih sayang  guru kepada murid-murid dapat diekspresikan lagi melalui majlis perasmian ini.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PELANCARAN 'GURU PENYAYANG' SESI PETANG 2019 

Gambar 11: Guru Besar SK Taman Perdana sedang menyampaikan ucapan

Gambar 12: Gimik pelancaran sedang dijalankan

Gambar 13: Gimik pelancaran berjaya dilaksanakan


Gambar 14: Salah seorang guru penyelaras; Pn. Nashirah menerima simbolik penyerahan amanah daripada Guru Besar


Gambar 15: Acara pemotongan kek pelancaran 'Guru Penyayang Tahun 2019'

Gambar 16: Murid-murid turut merasai kek yang disuap sendiri oleh guru

Alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak perkongsian gambar yang dapat dirakamkan sepanjang majlis pelancaran 'Guru Penyayang Tahun 2019' SK Taman Putra Perdana. 

Disediakan oleh:
Puan Nur Murni binti Abdullah

No comments:

Post a Comment