Friday, January 25, 2019

Majlis Penyerahan Beg Sekolah (Sesi Petang)

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT kerana meluaskan rezeki kepada anak-anak di SKTPP. Hari ini dengan izinNya berlangsunglah Majlis Penyerahan Projek Beg Sekolah ini kepada 12 orang murid sesi petang.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Siti fadhilah dan Flenaz Synergy atas usaha dan sumbangan untuk murid-murid SKTPP yang kurang berkemampuan. Semoga anak-anak yang menerima sumbangan ini semakin ceria dan bersemangat untuk ke sekolah.

Berikut paparan sepanjang majlis tersebut :

Pn Azizah bt Ab Hamid sebagai Pengerusi Majlis

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Guru-guru bergambar kenangan bersama penerima beg sekolah

No comments:

Post a Comment