Monday, January 14, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

Tarikh : 14 Januari 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru Bertugas:
1. Encik Zurilazman bin Abdullah (K)
2. Puan W.Rosmawati binti W.Ibrahim (P)
3. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
4. Puan Norsiah binti Mohd Noor
5. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
6. Puan Rosmizawati binti Yusub
7. Puan Azlina binti Mat Isa
8. Puan Norinna binti Mohamed
9. Puan Nurul Afiqah binti Hashim

Barisan guru bertugas minggu ke-3

Laporan Perhimpunan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian tiga buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
  • Bacaan doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nadiah Wardina binti Mohd Idil (6 Tabla)
Adik Dhaniyah Batrisyia selaku pengacara majlis

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nadiah Wardina

2.  Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Norli binti Hassan
  • Semua murid perlu bekerjasama membersihkan kelas agar sentiasa bersih dan selesa untuk belajar.
  • Memberi peringatan kepada murid-murid yang hadir lewat ke sekolah agar mematuhi peraturan sekolah untuk sampai di sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
  • Mengingatkan murid untuk meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam besen yang disediakan di kantin.
Puan Norli menyampaikan laporan bertugas
3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini  oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah
  • Tema : Visi dan Misi Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SKTPP
  • Visi : Sekolah Bebas Dadah
  • Misi : Melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada pengaruh dadah.
  • PPDa merupakan agenda penting sekolah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada seluruh warga SKTPP agar menjauhi DARVIH (dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS).
 "SKTPP BENCI DARVIH"
"SKTPP CEMERLANG TANPA DARVIH"

 4. Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shahrizal bin Ya'am
  • Mengucapkan tahniah kepada semua murid atas kehadiran ke sekolah. Semoga murid-murid sentiasa berfikiran positif dan seronok untuk ke sekolah setiap hari.
  • Mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan-pasukan sekolah yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat daerah Sepang pada bulan Januari hingga Jun tahun ini.
  • Pada hari Isnin minggu ketiga setiap bulan akan diadakan perhimpunan kokurikulum yang dijalankan bersama-sama perhimpunan mingguan. Murid-murid digalakkan memakai baju Unit Beruniform pada hari tersebut.
  • Pada hari Rabu, 16 Januari 2019 akan diadakan latihan Merentas Desa dan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan pada 23 Januari 2019. Murid-murid diminta bersarapan di rumah sebelum datang ke sekolah dan membawa bekal air yang mencukupi. Murid yang memenangi kejohanan ini akan mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Sepang pada 28 dan 29 Januari 2019 nanti.
  • Aktiviti kokurikulum telah bermula pada hari Rabu minggu lepas. Murid diminta mematuhi penggunaan tangga seperti yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa disiplin sekolah. Guru-guru juga diminta memberikan kerjasama agar memantau pergerakan murid terutama ketika waktu balik pada hari tersebut agar lancar dan teratur.

No comments:

Post a Comment