Thursday, May 2, 2019

Pelancaran Kempen 3R (Reduce, Reuse, Recycle) 2019 Sesi Petang

Pada 2 Mei 2019 bersamaan hari Khamis yang lalu, telah diadakan pelancaran Kempen 3R (Reduce, Reuse, Recycle) peringkat SKTPP bagi sesi petang. Majlis telah dirasmikan oleh guru besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Pelancaran kempen ini telah berlangsung dengan jayanya.

Antara objektif kempen ini diadakan adalah

  • Sebagai satu platform untuk melahirkan pelajar yang mencintai alam sekitan di sekeliling mereka.
  • Program ini turut bertindak sebagai satu medan perkongsian idea dalam menjalankan aktiviti social dan kebertanggungjawaban dalam menjaga persekitaran yang selesa.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama pelbagai pihak dengan pihak sekolah.
  • Melahirkan pelajar yang menggunakan bahan-bahan kitar semula yang dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada pelajar dalam persekitaran di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
  • Melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan inovasi daripada bahan kitar semula.


Aturcara majlis pelancaran kempen 3R bagi sesi petang adalah seperti berikut:-

2.20 petang - Murid berkumpul di Dewan Perdana
2.30 petang - Ucapan Pengerusi Majlis
2.40 petang - Bacaan Doa
2.50 petang - Taklimat 3R “Selamatkan Dunia Kita”
3.00 petang - Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
3.10 petang – Gimik Pelancaran
3.20 petang - Sesi Fotografi



Berikut merupakan paparan gambar yang berjaya dirakam sepanjang pelancaran kempen ini berlangsung bagi sesi petang:-

Majlis dimulakan dengan bacaan doa
yang diketuai oleh Ustaz Abdul Hafiz.

Ucapan perasmian yang disampaikan
oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah.

Puan Hajah Rohaidah bersama PK Petang Puan Jumilah
 bersama-sama melaksanakan gimik pelancaran kempen 3R.

Barisan guru-guru sesi petang yang turut sama
memeriahkan majlis pelancaran kempen 3R.

Sesi fotografi bersama barisan AJK Pelancaran Kempen 3R


Diharapkan menerusi Kempen 3R (Reduce, Reuse, Recycle) 2019 ini dapat melahirkan murid dan warga sekolah yang akan lebih menghargai serta cintakan alam sekitar, seterusnya melahirkan insan yang berilmu dan berpengetahuan luas tentang kepentingan memelihara dan memulihara bumi kita untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid dan seluruh warga sekolah yang telah melibatkan diri bagi menjayakan Kempen 3R (Reduce, Reuse, Recycle)  2019. 


Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment