Thursday, May 23, 2019

Pelancaran Program Jom Pinjam & Baca Buku, Cikgu dan Jom Pinjam & Baca Buku, Sayangku

Pada 23 Mei 2019 (Khamis), pelancaran program Jom Pinjam & Baca Buku, Cikgu dan Jom Pinjam & Baca Buku, Sayangku telah dilaksanakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.

Objektif Program:
  1. Sebagai medium menyokong Kempen Dekad Membaca.
  2. Sebagai wadah mempertingkatkan dan memperhebatkan aktiviti NILAM di peringkat sekolah.
  3. Menyemai kesedaran di kalangan guru dan murid tentang kepentingan membaca. 
  4. Menanam dan membentuk budaya membaca di kalangan warga sekolah.
  5. Mengoptimumkan penggunaan pusat sumber sekolah sebagai pusat akses maklumat.
  6. Mewujudkan kesedaran di kalangan warga sekolah tentang tanggungjawab menjaga dan memelihara buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan kata aluan Puan Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis. Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib. Seterusnya, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah menyampaikan ucapan pelancaran program ini, di mana beliau telah menekankan kepentingan membaca dan sekaligus menyempurnakan slot kemuncak iaitu gimik pelancaran.
 
Jom, kita tonton video sepanjang program pelancaran dijalankan.
 
 
 
Sesi 'Jom Pinjam & Baca Buku' oleh Pentadbir Sekolah  
 
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Azizah binti Mokhlas (PK Pentadbiran)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Rosmah binti Jamat (PK HEM)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Norhamizah binti Hamzah (PK PPKI)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Jumilah binti Ahmad (PK Petang)



No comments:

Post a Comment