Friday, May 3, 2019

Pelancaran Program Bulan Dakwah dan Ihya' Ramadan (Sesi Petang)

Tarikh  : 3 Mei 2019
Hari     : Jumaat
Masa    : 2.30 petang
Pengerusi Majlis : Ustaz Saiffol bin Ngabiah

Program bulan dakwah adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah di bawah KPM untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan. Oleh itu pada hari ini pihak sekolah telah mengadakan pelancaran Program Bulan Dakwah dan Ihya' Ramadan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hariz Safwan bin Yaacob. Seterusnya dengan ucapan daripada Penyelaras Program iaitu Ustazah Zalina binti Ismail.

Objektif program adalah seperti berikut :
1. Berusaha secara bersama dalam menangani permasalah ummah
2. Meneruskan usaha-usaha amar maaruf nahi mungkar.
3. Menggambarkan Islam sebagai agama yang syumul.

Antara program yang akan dijalankan ialah :
1. Tadarus Al-Quran dan Khatam
2. Kultim (Pencetus Ummah Cilik)
3. Frekuensi Iman
4. Islamic Book
5. Kretif Ulama
6. Mewarna
7. Teka Silang Kata
8. Kuiz
9. Tabung 1000 Barakah
11. Bacaan Yaasin dan Tahlil

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Jamilah Guru Penolong Kanan Petang. Beliau berharap agar program yang dirancang dapat melahirkan murid-murid yang lebih seimbang dan berakhlak mulia, Di samping itu juga diharap bulan ramadan ini akan memberi kebaikan dan meningkatkan keimanan kepada Allah swt dan segala amalan akan diterima olehNya.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti ini berlangsung.


Bacaan doa

Ucapan daripada Penyelaras Program

Perasmian oleh Puan Jamilah GPK Petang

Gimik Pengumuman Awal Ramadan
Puan Jamilah sedang memotong reben

Simbolik Pelancaran Tabung 1000 Barakah
Guru Panitia Pendidikan Islam bergambar bersama-sama

Disediakan oleh : Norazah binti Mohd Ali dan Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment