Friday, May 3, 2019

Perasmian Program Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan Peringkat SK Taman Putra Perdana

Hari ini telah diadakan Perasmian Program Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan Peringkat SKTPP bagi tahun 2019. Program Ihya Ramadan adalah program yang dilaksanakan setiap tahun pada setiap kali hadirnya bulan Ramadan.

Buku program Majlis Perasmian
Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan kali ini. Ianya tidak lain bertujuan untuk menggalakkan murid menghayati kehadiran bulan yang penuh dengan keistimewaan seperti mana sabda Nabi Muhammad S.A.W " Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penuh keikhlasan diampunkan akan dosanya yang terdahulu ". Perasmian program ini telah dijayakan oleh Puan Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali.

Puan Rohaidah memberi ucapan perasmian

Acara gimik perasmian pemindahan ikan hidup
Simbolik peredaran diri masuk ke bulan Ramadan
Ucapan Ustazah Shahirah sebagai Penyelaras
Program
Sebagai pembuka aktiviti dalam program Ihya Ramadan ini, majlis perasmian telah disertakan dengan ceramah Ihya Ramadan yang disampaikan oleh PU Hafiz. Pelbagai tips dan kisah berkenaan dengan bulan Ramadan telah disampaikan oleh beliau.

Barisan pentadbir bersama PU Hafiz

PU Hafiz sedang menyampaikan ceramahnya
Akhir sekali, mari bersama-sama mengikuti setiap aktiviti yang direncanakan dalam program ini. Selamat Berpuasa, Selamat Beribadah dan semoga segala amalan kita diterima oleh Allah. Inshaallah. Ramadan kareem.. Allahuakram. 

Barisan JK pelaksana program bergambar bersama pentadbir

No comments:

Post a Comment