... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 17, 2020

Program Transisi Guru Penyayang Tahun 1 2020

Pengalaman pertama melangkah ke sekolah rendah merupakan pengalaman yang indah bagi setiap kanak-kanak. Rutin bagi setiap sekolah pasti akan menyediakan Program Transisi Guru Penyayang (PTGP) atau dikenali sebagai Program Transisi Tahun 1 sebagai ruang untuk murid menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Alhamdulillah Minggu Transisi Tahun 1 SK Taman Putra Perdana sudah melabuhkan tirai dan berjalan dengan lancar.

Tarikh pelaksanaan:
Minggu 1 - 3
2 Januari 2020 - 17 Januari 2020

Objektif Program Transisi :

1- Menangani perbezaan murid yang masuk ke Tahun 1 dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta latar belakang dan pengalaman.

2- Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh sukatan Tahun 1.

3- Memperkembangkan sosio-emosi, menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.

4- Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan kawan-kawan yang baru dalam masa yang singkat.

5- Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.

6- Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak mereka.

7- Meningkatkan minat dan semangat untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

Maklumat pelaksanaan:

  • Murid tidak perlu bawa buku. Hanya perlu bawa alat tulis sahaja. Modul disediakan oleh pihak sekolah.
  • Guna tanda nama sementara yang disediakan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti yang terdapat di belakang tanda nama tersebut.
  • Jadual waktu akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi. Pelaksanaan jadual pada 20 Januari 2020.
  • Ibubapa hanya dibenarkan berada di sekolah selama 2 hari persekolahan (Khamis dan Jumaat).

Nama batu permata telah dipilih sebagai nama kelas bagi kohort tahun 1 2020. Besar harapan sekolah terhadap anak-anak ini supaya menjadi permata yang bersinar terang pada masa hadapan. Berikut senarai nama kelas dan guru kelas tahun 1;

  • 1 Amber       : Pn. Nor Rafini bt Othman
  • 1 Amethyst   : Pn. Nur Affiqah bt Ahmad Subian
  • 1 Citrine        : Pn. Norhidayu bt Sadri
  • 1 Diamond    : Pn. Roslelawati bt Ibrahim
  • 1 Emerald      : Pn. Nor Azian bt Ahmad
  • 1 Ruby           : Pn. Ummu A'thiah bt Haji Hashim
  • 1 Sapphire      : Pn. Nazahiyah bt Ab Rahman
  • 1 Topaz          : Pn. Norazah bt Mohd Ali
  • 1 Turqoise      : Pn. Nur Malisha bt Omar
  • 1 Zircon         : Pn. Norazmira bt Kadirun

Beberapa gambar yang dapat dirakam sepanjang program berlangsung dan menjadi kenangan terindah bersama murid-murid baru tahun 1 2020 SKTPP.

Pentadbir bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling menyambut kehadiran murid tahun satu ditemani maskot Mickey & Minnie Mouse

Gelagat ibubapa merakam gambar anak-anak bersama maskot

Turut hadir YDP PIBG ke perhimpunan rasmi pertama bagi tahun 2020

Kelihatan pelbagai reaksi wajah murid-murid tahun 1

Ibubapa yang setia menunggu dan merakam gambar keletah anak-anak

Memperkenalkan barisan guru kelas tahun 1

Modul yang digunakan sepanjang minggu transisi berlangsung
Begitu teruja murid-murid membuat aktiviti yang disediakan di dalam modul
Tekun mewarna

Taklimat adab yang disampaikan oleh Pn Rozimah bt Yaacob
Pn Nor Arzah bt Husin sedang memberi taklimat keselamatan di sekolah

Murid-murid mendengar taklimat disiplin yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Saiffol b Ngabiah

Suasana waktu balik

Guru-guru menunggu kehadiran ibubapa untuk mengambil anak masing-masing


Semoga dengan adanya Program Transisi Tahun 1 ini dapat memberi memori indah untuk semua murid sama ada yang pahit atau manis dan dapat membantu mereka agar cepat dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang baru. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama guru-guru tahap satu serta ibu bapa yang memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan minggu transisi hingga ke akhirnya. Tahniah!

Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment