Friday, September 25, 2020

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Tahun 2020

Merujuk dokumen Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, pelaksanaan aktiviti Kokurikulum dan Sukan di SKTPP akan dilaksanakan dengan mengambil kira faktor penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan.

Aktiviti Kokurikulum di peringkat sekolah akan bermula pada ketetapan berikut:

Tarikh     :  Setiap hari Rabu bermula 30 September sehingga 16 Disember 2020
Masa      : 12.30 tengah hari - 2.30 petang
Tempat   :  Lokasi yang ditetapkan
Sasaran :  Murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Murid Tahun 3 dikecualikan daripada aktiviti Kokurikulum sehingga akhir tahun ini. 

Aktiviti ini dijalankan secara penggiliran pada setiap minggu. Ini disebabkan kawasan sekolah yang terhad dan bilangan murid yang ramai. Jadual perjumpaan aktiviti Kokurikulum adalah seperti berikut:

Setiap tarikh perjumpaan, murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan perjumpaan bersemuka dan kumpulan perjumpaan secara online. Markah bagi kedua-dua kaedah ini adalah sama.

Perjumpaan secara online akan menggunakan aplikasi WhatsApp yang akan diselenggara oleh Guru Penasihat unit Kokurikulum. Tempoh waktu perjumpaan bersemuka adalah 2 jam setiap sesi. Murid-murid juga digalakkan membawa dan mengguna peralatan sendiri. Contohnya : raket badminton, tali ikatan, alat muzik dan lain-lain.

Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah mengisi dan mengembalikan Borang Kebenaran Menyertai Aktiviti Sukan dan Kokurikulum kepada pihak sekolah. Ibu bapa diharap dapat menguruskan pengangkutan anak-anak pada setiap hari Rabu mengikut jadual yang yang telah ditetapkan.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

No comments:

Post a Comment