Friday, September 25, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu Ke-36 (Sesi Pagi)

 
Tarikh : 21 - 25 September 2020
Hari : Isnin - Jumaat
 
Senarai Guru Bertugas:

Puan Noriza binti Md Nor
Cik Syahirah binti Tumar
Puan Mawaddah binti Kamarulzaman
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Norhana binti Nordin
Encik Mohd Izwan bin Mohd Jawahar
Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
Puan Julalili binti Onion
Puan Nurliza binti Ab Rahman
Puan Nur Zakiah binti Md Diat
 
Laporan Bertugas:

Alhamdulillah, sesi persekolahan pada minggu ini telah berjalan dengan lancar, mengikut peraturan yang ditetapkan. Guru, murid dan kakitangan sekolah yang hadir juga telah mengikuti SOP pergerakan seperti mana yang digariskan dengan baik.
 
Sebelum

Sebelum murid-murid dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah, barisan guru bertugas akan mengambil bacaan suhu murid. Bacaan suhu diambil oleh guru bertugas di kedua-dua belah pagar, iaitu pagar A dan pagar B. Selepas suhu diambil, murid perlu mencuci tangan terlebih dahulu dan barulah bergerak masuk ke kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan.
 
Semasa

Semasa di dalam kelas pula, murid-murid duduk di tempat yang telah disediakan, di mana meja dan kerusi telah disusun mengikut jarak yang ditetapkan. Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama perlu mencatatkan suhu murid-murid di dalam senarai nama yang telah disediakan. Murid-murid sentiasa diingatkan tentang penjarakan fizikal, sanitasi dan keselamatan diri. Pada waktu rehat pula, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 rehat pada waktu berbeza seperti yang telah ditetapkan. Murid-murid makan di dalam kelas, dan murid yang tidak membawa bekal dibenarkan membeli makanan di dewan. Murid perlu beratur dengan mematuhi jarak yang ditetapkan dan terus bergerak ke kelas selepas selesai membeli makanan.
 
Selepas

Sebelum murid-murid dilepaskan untuk pulang ke rumah, aktiviti sanitasi kelas akan dijalankan oleh guru mata pelajaran terakhir. Guru akan menyembur cecair pembasmi kuman ke atas meja dan kerusi murid dan mengelapnya. Guru dan murid perlu memastikan kelas dalam keadaan yang bersih dan tersusun sebelum meninggalkan kelas. Setelah loceng berbunyi, murid akan bergerak mengikut giliran yang ditetapkan. Murid perlu mencuci tangan dan memakai topeng muka sepanjang perjalanan mereka keluar dari sekolah. Guru yang bertugas akan berada di laluan murid agar dapat membantu dan memantau kelicinan pergerakan pulang murid-murid.
 

Berikut disediakan beberapa keping gambar yang dirakamkan sepanjang sesi persekolahan sesi pagi minggu ke-36..

    Murid meletakkan basikal telebih dahulu sebelum suhu diambil dan mencuci tangan di pagar A


   Guru mengambil suhu murid

   Murid membeli makanan di dewan perdana

Murid bergerak pulang ke rumah masing-masing

Laporan disediakan oleh:

Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat

No comments:

Post a Comment