Friday, September 18, 2020

Majlis Lawatan Pemeriksaan Tapak Dan Penyerahan Rasmi Surau SK Taman Putra Perdana

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T di atas keizinanNya pada 18 September 2020,  Jumaat penghulu segala hari  telah selesai Majlis Lawatan Pemeriksaan Tapak Dan Penyerahan Rasmi Surau SK Taman Putra Perdana.  Majlis yang penuh bersejarah dan barakah  ini telah disempurnakan oleh Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

    Majlis ini turut diserikan  oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian YDP PIBG SK Taman Putra Perdana, Tuan Haji Ar. Abdul Muzi bin Abdullah  (Pengurus Projek Pembinaan Surau) dan Encik Shahril Reza bin Razi (Pengarah Urusan Speed Oracle Sdn Bhd). Majlis ini turut disaksikan oleh barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru SK Taman Putra Perdana, ahli-ahli PIBG dan wakil dari syarikat pembinaan Speed Oracle Sdn Bhd.

    Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda pembinaan naik taraf surau SKTPP telah tamat dan siap sepenuhnya oleh pihak kontraktor yang bermula pada 22 Oktober 2019. Naik taraf surau ini merangkumi pembesaran ruang solat, tempat wuduk lelaki dan perempuan, PA sistem dan penghawa dingin. Surau ini dapat menampung kira-kira 300-350 jemaah dalam satu-satu masa. Siapnya projek ini membolehkan warga SK Taman Putra Perdana untuk solat dan aktiviti keagamaan dengan selesa.

    Semoga Allah S.W.T merahmati para penyumbang dan penderma surau SK Taman Putra Perdana sejak bermula projek ini pada tahun 2015 lagi. Amin.



Buku program yang disediakan oleh Ustazah Syahirah binti Tumar


Ustaz Zurilazman bin Abdullah selaku Pengerusi Majlis


Ustaz Mahadir bin Midun memimpin bacaan doa.


Ucapan pembukaan oleh Puan Hjah Rohaidah binti Mohd Ali 
(Guru Besar SK Taman Putra Perdana)


Amanat ucapan oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
 (YDP PIBG SK Taman Putra Perdana)


Titipan ucapan oleh Tuan Haji Ar. Abdul Muzi bin Abdullah  
(Pengurus Projek pembinaan surau)


Simbolik penyerahan kunci oleh Encik Shahril Reza bin Razi (Pengarah Urusan Speed Oracle Sdn Bhd) kepada Puan Hjah Rohaidah binti Mohd Ali 


Simbolik penyerahan kotak kunci oleh Encik Shahril Reza bin Razi (Pengarah Urusan Speed Oracle Sdn Bhd) kepada Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian


Sesi merakam gambar.


Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali bersama Encik Shahril Reza bin Razi (Pengarah Urusan Speed Oracle Sdn Bhd) meninjau kawasan surau.


Bungkusan makanan kepada tetamu yang hadir


Surau SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment