Friday, September 11, 2020

Penghargaan Guru Besar & Cikgu Wan Faizol

Kolokium Kepimpinan Pendidikan Majlis Guru Besar Selangor, Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-26 dan Majlis Apresiasi Guru Besar Selangor telah diadakan di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands pada 8 hingga 10 September 2020.

Guru Besar SKTPP, Pn. Rohaidah Mohd. Ali adalah salah seorang daripada peserta kolokium. Pada hari ke-3 iaitu Khamis 10 September 2020, Pn. Rohaidah telah dipilih selaku salah seorang ahli panel membentangkan Best Practices PPDa, kriket & Pusat Sumber Sekolah (PSS).












Terima kasih buat MGB atas kepercayaan memberi peluang berkongsi amalan terbaik di SKTPP bersama rakan-rakan Guru Besar seluruh Selangor

Majlis Penutupan Kolokium telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1; YB Cikgu Muslimin bin Haji Yahaya. 

Semasa Majlis Apresiasi, Guru Besar Pn. Rohaidah telah menerima Anugerah Khas Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Selangor.






Terima kasih buat MGB atas penghargaan ini

Tahniah buat guru SKTPP; Cikgu Wan Faizol bin Wan Mat atas kejayaan mendapat Tempat Ke-2 dalam Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Guru.





Cikgu Wan Faizol sebenarnya telah menghantar 6 video penyertaan untuk pertandingan tersebut. Video yang dimenangi beliau bertajuk #rindusekolah


Syabas buat semua murid yang terlibat dalam video ini!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak MGB Selangor & Sepang, JPN Selangor dan PPD Sepang atas penghargaan yang diberi. Terima kasih banyak buat seluruh warga SKTPP, PIBG dan komuniti setempat atas sokongan serta kerjasama mantap. Semoga SKTPP akan terus cemerlang pada masa depan.. Aamiin..

Guru Besar dan Cikgu Wan Faizol bergambar kenangan bersama anugerah & hadiah yang diterima di Kiosk Uitv Ujana Ilmu SKTPP

No comments:

Post a Comment