Friday, September 4, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-33 (Sesi Pagi)

Minggu ke-33 sesi persekolahan:

1 - 4 September 2020.

Senarai Guru Bertugas Kumpulan B

1. Pn. Norli

2. Pn. Norziani

3. Pn. Norasmawati

4. Pn. Azwani

5. Pn. Nor Azura

6. Pn. Musaliha

7. Pn. Norsiah

8. Pn. Safinatunnajakh

9. Pn. Komagal

10. En. Ahmad Zubair

Minggu ke-33 sesi persekolahan berjalan lancar. Warga SKTPP dapat mematuhi arahan dan SOP dengan sebaiknya serta menjadikan norma baharu sebagai norma yang dapat membina disiplin yang unggul.

Gambar-gambar sekitar minggu ke-33 persekolahan bagi sesi pagi adalah seperti berikut.

Guru bertugas mengalu-alukan kehadiran murid dan cek suhu di pagar bermula jam 6.40 pagi.












Guru mengambil suhu murid di pintu pagar A dan B.


Selepas diambil suhu, murid membasuh tangan di sinki berdekatan pagar.













Tersusun..
Semua murid naik ke kelas hanya menggunakan satu tangga iaitu tangga UKM sahaja.








Waktu rehat, hanya murid yang ingin membeli sahaja turun ke dewan untuk membeli makanan.

Teratur dan penuh adab murid makan di dalam kelas di meja masing-masing sambil dikawal oleh guru-guru yang bertugas.

Amalan bacaan Yasin peringkat sekolah pada pagi Jumaat tetap diteruskan di dalam kelas dengan kawalan guru mengikut jadual waktu.

Bacaan Yasin secara berjemaah oleh barisan pentadbir dan guru-guru pada waktu pagi Jumaat.

Amalan mulia sudah menjadi kebiasaan.
Sebelum pulang, guru dan murid sama-sama melakukan pembersihan kelas.
Sanitasi meja, memastikan tiada sampah dalam laci meja, menyapu sampah dan menyusun atur meja.


Bagus...
Terkawal dan teratur, murid pulang dalam keadaan berbaris dan mengekalkan penjarakan fizikal.


Tahniah dan Syabas!
Pada minggu ini diumumkan senarai guru-guru penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019.
Tahniah guru-guru. Semoga terus melakar kecemerlangan di arena pendidikan.

Barisan guru-guru penerima APC 2019.
Tahniah!

Tahniah juga Pn. Arnny Yusnita dipilih sebagai Ikon Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Selangor ke pertandingan peringkat Kebangsaan. Semoga berjaya.
Sesi perbincangan diadakan bersama AJK yang terlibat.

Pada minggu ini juga diumumkan Cikgu Wan Faizol telah berjaya dalam Pertandingan Video Pendek Hari Guru anjuran MGB Selangor. Tahniah!

Selain itu, PPKI SKTPP juga melakar kejayaan sebagai Johan Nasyid dan tempat ketiga nyanyian solo lagu dakwah Daerah Sepang. Tahniah kumpulan Nasyid dan adik Faris Izzudin nyanyian solo serta barisan jurulatih dan guru-guru PPKI.

Tahniah dan syabas untuk warga SKTPP. Moga usaha murni guru-guru mendidik anak bangsa sentiasa menjadi inspirasi dan teladan dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment