Friday, September 18, 2020

Sambutan Awal Muharram 1442H Sesi Pagi

Pada 15 hingga 18 September 2020 Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Sambutan Awal Muharram 1442H. Sambutan Awal Muharram merupakan program tahunan dalam Panitia Pendidikan Islam yang diadakan bagi memberi pendedahan serta kefahaman tentang peristiwa penting dalam bulan hijrah. Tema Maal Hijrah 2020/1442H adalah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”. Telah dipilih sebagai tema Maal Hijrah pada tahun ini supaya dapat membentuk ukhuwah islamiah yang kuat dan jitu kesan daripada iktibar peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW. Ia merupakan asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat islam ke era yang global demi menjulang nama Islam dipersada dunia dan menjadi ikon terbaik di seluruh dunia.

Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada semua murid dan juga warga sekolah tentang perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijratul Rasul. Pelbagai motivasi kehidupan dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Ianya menjadi inspirasi dalam menuntut ilmu dan perubahan akhlak supaya kehidupan menjadi selaras dengan nilai-nilai kehidupan yang bahagia.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Maal Hijrah ini iaitu pertandingan mewarna bagi murid-murid tahun 4, pertandingan teka silang kata maal hijrah bagi murid-murid tahun 5 dan kuiz maal hijrah bagi murid-murid tahun 6.

Berikut gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan:

- Pertandingan Mewarna Tahun 4









Pertandingan Teka Silang Kata Maal Hijrah Tahun 5




Kuiz Maal Hijrah Tahun 6




Berikut gambar-gambar penyampaian hadiah kepada pemenang :

- Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna tahun 4

Tempat pertama


Tempat kedua

Tempat ketiga

Tempat keempat

Saguhati

- Penyampaian hadiah bagi pertandingan teka silang kata maal hijrah tahun 5

Tempat pertama


Tempat kedua

Tempat ketiga

Tempat keempat

Saguhati


- Penyampaian hadiah bagi kuiz maal hijrah tahun 6

Tempat pertama


Tempat kedua


Tempat Ketiga

Tempat keempat

Saguhati


Disediakan oleh Mawaddah Binti Kamarulzaman.

No comments:

Post a Comment