Friday, April 30, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan April 2021

 Alhamdulillah..

Sesi persekolahan bersemuka dapat diteruskan lagi pada bulan April.Guru-guru bersemangat menyambut kehadiran murid di pagar A dan dipagar B. Murid-murid juga begitu  seronok bila dapat datang ke sekolah berjumpa guru-guru dan dapat  belajar di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain setelah sekian lama mereka  belajar secara alam maya. Seperti biasa sebelum masuk ke premis sekolah ,unit guru penyayang dan guru bertugas yang bertugas setiap hari menyambut kedatangan murid akan  berpesan supaya sentiasa mematuhi SOP.

Permulaan minggu pertama  bulan April iaitu hari Isnin dari jam 1.20 petang sehingga 1.50 petang. Unit guru penyayang dengan kerjasama guru-guru yang lain telah mengadakan program Mentor Mentee di dalam kelas melibatkan PRA sekolah, Tahun 1 sehingga tahun 6. Semoga program ini  akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Pada bulan April ini juga, tanggal 13/4/2021 umat islam menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan. Murid-murid Tahun 1 sudah ramai  belajar berpuasa.

Di minggu terakhir persekolahan bulan April, pihak sekolah menerima arahan dari Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 April & 27 April dan penutupan sekolah buat kali ke-2  iaitu pada 29 & 30 April 2021 akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.Sepanjang penutupan sekolah,aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara PdPR.

 Berikut adalah beberapa gambar sepanjang bulan April 2021.

Murid-murid sesi pagi disambut dari luar pagar sekolah lagi

Suhu diambil sebagai pematuhan SOP

Murid-murid diminta untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas

Guru-guru sesi petang mengambil suhu murid di pagar B

Penjarakkan masih dijaga

Sambil mengambil suhu, sempat lagi cikgu Shahir bertanya khabar murid-murid



                   Di bawah adalah aktiviti program mentor mentee sesi petang yang dijalankan pada bulan ini



Disediakan oleh,

Zalina bt Ismail

AJK Guru Penyayang




No comments:

Post a Comment