Friday, April 9, 2021

Sambutan Hari Lahir dan Ihya' Ramadhan

Pada hari Jumaat (9 April 2021), telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir dan Ihya' Ramadhan 2021 bagi murid prasekolah sesi pagi dan petang. Sambutan hari lahir diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Januari hingga April mengikut sesi masing-masing.

Majlis diadakan di kelas Prasekolah bermula pada jam 9.30 pagi untuk sesi pagi dan 2.30 petang bagi sesi petang. Keseluruhan murid membawa makanan berupa kek, kuih-muih serta makanan ringan untuk diedarkan kepada rakan-rakan. Seramai 28 orang murid yang meraikan hari lahir mereka pada bulan Januari hingga April.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar) serta Pn. Jumilah binti Ahmad (Penolong Kanan Petang). Terima kasih Pn. Guru Besar kerana sudi memberikan ucapan alu-aluan kepada murid prasekolah. Terima kasih juga kepada rakan guru, Pembantu Pengurusan Murid, semua ibu bapa serta penjaga yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma, guru-guru & PPM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan & Selamat Berpuasa buat semua murid dan ibu bapa prasekolah. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.

Ucapan aluan dari Pn. Guru Besar

                                   Pn. Guru Besar ditemani PK Petang

Sambutan di kelas Mawar (sesi pagi)

Sambutan di kelas Cempaka (sesi pagi)

                                  Sambutan di kelas Tanjung (sesi petang)

                                     Sambutan di kelas Orkid (sesi petang)



Disediakan oleh : Hanawati Alinda

No comments:

Post a Comment