Monday, April 19, 2021

Program Mentor Mentee Bulan April 2021

Hari ini bermula pukul 1.20 petang hingga 1.50 petang, semua mentor bersama mentee Prasekolah dan mentee Tahap 1 telah menjalani Program Mentor Mentee. Semoga amalan guru penyayang ini akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid. 

Aktiviti yang dijalankan:

Prasekolah:-

Bidang: Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tajuk: Budak Bestari

Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. mengetahui cara menyusun buku-buku dengan kemas

2. mengetahui cara menyusun barang permainan

3. memahami bahawa menolong ibu bapa adalah tanggungjawab mereka

Tahun 1:-

Bidang: Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tajuk: Pengurusan Diri

Objektif:  Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. Menguruskan diri tanpa bantuan orang lain

2. menyedari tanggungjawab mengurus diri

3. mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri

Tahun 2:-

Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid

Tajuk: Kawan Saya

Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. mengenali ahli kelompok

2. mewujudkan kejelekitan antara ahli

Tahun 3:

Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid

Tajuk: Adab Berkawan

Objektif: pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1. mengetahui adab-adab berkawan dengan betul

2. memahami kepentingan mempunyai kawan

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:

Suasana ketika aktiviti mentor mentee dilaksanakan 

Dua orang mentee menanti arahan daripada mentor

Semua mentee berdiri sebaik sahaja mentor masuk ke kelas

Mentor memberi peluang kepada mentee menceritakan tentang kawan karib

Semua mentee memberi tumpuan kepada penerangan daripada mentor

Dua orang mentee sedang membentangkan hasil dapatan aktiviti yang dilaksanakan

Mentee berasa bangga apabila dipilih oleh mentor ke hadapan

Wakil mentee terpilih untuk berkongsi pengalaman

Wakil mentee berkongsi pengalaman dengan mentee yang lain


Sentiasa menjaga jarak dan memakai pelitup muka walau di mana berada

Aktiviti mengemas buku


No comments:

Post a Comment