Friday, April 16, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-12 (Sesi Petang)

Guru Bertugas: 


Nama guru bertugas :

  1. Saifullah bin Mat Saufi (K)
  2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman (P)
  3. Afandi bin Mat Zin
  4. Norazah binti Mohd Ali
  5. Maizara binti Mahat
  6. Norazmira binti Kadirun
  7. Nora Azean binti Che Othman
  8. Siti Aisah binti Hanafi
  9. Nor Latipah binti Che Yusoff

Minggu ini merupakan minggu ke-12 sesi persekolahan. Alhamdulillah, murid- murid berdisiplin dalam mengikuti peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh KPM dan pihak sekolah. Murid- murid juga kelihatan semakin selesa belajar dalam suasana norma baharu.

Minggu ini merupakan minggu pertama murid-murid bersekolah pada bulan puasa. Hari pertama puasa iaitu pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H  pihak sekolah telah mengambil cuti peristiwa. Murid-murid bersekolah semula pada 14 April 2021.


Pada bulan puasa, kantin tidak akan dibuka dan murid-murid haruslah berpuasa dan membawa bekal sendiri jika tidak berpuasa.

Murid juga sentiasa diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan amalan penjagaan kebersihan semasa berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah. Perkara yang sering ditekankan kepada murid-murid dan penjaga ialah memastikan murid-murid tidak bergejala sebelum dihantar ke sekolah.

Berikut merupakan gambar suasana persekolahan sepanjang minggu ke-12.

Murid diambil bacaan suhu badan setiap kali hadir ke sekolah.

Murid-murid beratur untuk membeli makanan di dewan dan dipantau oleh guru bertugas pada hari Isnin 12.4.2021


Kerjasama daripada ibu bapa, guru dan murid-murid amat diharapkan dalam menjalani persekolahan norma baharu bagi memastikan segala usaha mengawal penularan wabak COVID 19 dapat berjalan dengan jayanya.


Laporan disediakan oleh;
Nor Latipah Bt Che Yusoff

No comments:

Post a Comment