Saturday, April 1, 2023

Program Transisi Tahun 1 : Minggu Kedua (27 - 31 Mac 2023)

 

Program Transisi adalah antara program yang perlu didedahkan kepada murid-murid. Ia juga merupakan sebagai fasa persediaan kepada Murid Tahun Satu dengan tujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.
 
Episod kali ini merupakan Minggu ke-2 Program Transisi. Ia berjalan dengan lebih baik. Murid-murid kelihatan sudah dapat menyesuaikan diri di dalam bilik darjah, di persekitaran sekolah dan juga dapat membina hubungan yang baik dengan rakan sebaya. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa dan guru telah membantu murid-murid menyesuaikan diri di persekitaran yang baru.
 
Pada minggu ke-2, program ini merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan dan rehat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan menyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Murid-murid diberi penerangan tentang takrifan bentuk dan warna logo sekolah. Guru melaksanakan pentaksiran bilik darjah dengan menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran prabaca, pratulis dan pranombor bagi murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut. Murid-murid juga dapat menyiapkan buku latihan transisi dengan baik. Fasa ini bertujuan menyediakan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran, seterusnya di samping menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.

Gambar aktiviti-aktiviti sepanjang minggu kedua ini:-

Aktiviti Jom Cipta Topi

Aktiviti Mewarna




Belajar menyanyi Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Selangor

Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.

Laporan ditulis oleh:

Cikgu Rusmami

No comments:

Post a Comment