Saturday, March 31, 2012

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS 2012


Masa : 9.00 pagi hingga 11.00pagi

Tarikh : 31 Mac 2012, Sabtu

Tempat : Pusat Sumber dan Bilik Mesyuarat SKTPP

LATAR BELAKANG

Unit beruniform yang ditubuhkan di SK Taman Putra Perdana kerap melakukan aktiviti seperti lawatan, pertandingan sukan dan sebagainya. Sewaktu pelajar-pelajar melakukan aktiviti, kemalangan mungkin berlaku. Oleh sebab itu, adalah perlu setiap ahli unit beruniform mampu memberikan bantuan mula atau disebut juga bantuan kecemasan andainya berlaku keadaan seumpama itu sebelum pasukan paramedik tiba. Pengetahuan pertolongan cemas dapat menyelamatkan nyawa, mengehadkan kesan-kesan kecederaan.

OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir kursus ini, para peserta :

i. dapat menambahkan pengetahuan tentang pertolongan cemas untuk menjaga keselamatan diri

sendiri, rakan-rakan dan ahli keluarga.

ii. mengetahui tatacara memberi kelegaan dan keselesaan kepada mangsa

iii. boleh memberikan bantuan kecemasan setakat termampu dan mengelakkan keadaan

daripada menjadi lebih teruk.

TUJUAN

Program ini perlu dijalankan kerana:

Pelajar-pelajar SK Taman Putra Perdana perlu menambahkan pengetahuan tentang pertolongan cemas untuk menghadapi keadaan kecemasan yang tidak diduga pada bila-bila masa seperti kemalangan sewaktu perjalanan pergi dan balik dari sekolah, kemalangan sewaktu menjalankan aktiviti kokurikulum, dan sebagainya;

Mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menghadapi saat-saat kecemasan; dan

Memberikan bantuan mula atau bantuan kecemasan kepada mangsa.


Penceramah sedang memberi tunjuk ajar cara-cara membuat CPR

Murid-murid memberi tumpuan cara-cara membuat CPR

Salah seorang murid membuat demostrasi membantu mangsa tercekik



Sesi penyampaian cenderamata

Sesi bergambar guru-guru dan penceramah jemputan

Untuk melihat lebih paparan gambar, klik di sini

1 comment:

  1. Salam puan roseniza, boleh saya tahu dari unit manakah penceramah jemputan ini? Harap puan tidak keberatan kerana saya trtarik dgn sesi kursus pertolongan cemas ini

    ReplyDelete