Monday, June 17, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS DARI NEGERI PERAK

Pada hari Sabtu 15 Jun 2013, jam 9.00 pagi, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada rombongan dari negeri Perak seramai 44 orang. Rombongan tersebut terdiri 3 buah sekolah menengah dari daerah Batang Padang, Perak iaitu SMK Buyong Adil, SMK Sheikh Abdul Ghani dan SMK Hamid Khan.

Rombongan ini dipengerusikan oleh Pengetua SMK Buyong Adil, En Osman bin Mohamad 
Bahari. Guru-guru Kanan dan SUPBS daripada 3 buah sekolah tersebut juga turut menyertai rombangan ini.

Taklimat PBS tersebut telah disampaikan oleh PK 1 , Puan Siti Habsah bt Ahmad dan juga Guru Besar, En Sukimin b Juki. Banyak perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama. Sesi soal jawab juga berjalan lancar. Semua peserta rombongan yang datang amat berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS yang diberikan. Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengahari.

Ini adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang lawatan tersebut:


Ketibaan rombongan.


Jamuan minum pagi di Bilik Kemahiran Hidup.



Taklimat PBS oleh En Sukimin bin Juki  (GB) dan Pn Siti Habsah bt Ahmad  (PK 1)

Suasana di Bilik Mesyuarat.

Pengetua SMK Buyong Adil, En Osman bin Mohamad Bahari sedang berucap.

En Sukimin menerima cenderamata daripada En Osman.
Bergambar kenangan.



Sesi jualan CD PBS oleh Pn Rashidah dan Pn Jumilah.

Barisan guru-guru SKTPP yang sedia berkhidmat. Dari kiri Pn Grace, Pn Suraini, Pn Ainul Balkish, Cik  Noor Azlinda dan Pn Nurulhuda.

En Sukimin sedang memberikan penerangan.

Suasana di Bilik KSSR. 

Pn Ainul Balkish sedang menerangkan cara-cara membuat pemetaan evidens bagi subjek Bahasa Inggeris.

Sesi perbincangan antara Cik Noor Azlinda dan pihak rombongan mengenai cara- cara membuat pemetaan evidens bagi subjek Matematik.

Suasana di Bilik KSSR.

Pn Jumilah sedang memberikan penerangan.

Bergambar kenangan oleh En Sukimin, En Osman dan En Zaki.



No comments:

Post a Comment