Monday, June 24, 2013

PENGUMUMAN - ESOK (SELASA 25 JUN 2013) SEKOLAH DIBUKA SEPERTI BIASA

Makluman.

Arahan terbaru berdasarkan kepada kenyataan akhbar KPPM, jam 7 malam - Kawasan bacaan IPU melebihi 300 sekolah wajib ditutup. Bacaan IPU 250-300 perlu merujuk KPM untuk ditutup. Manakala kawasan IPU 250 ke bawah sekolah-sekolah perlu dibuka semula. Hanya daerah Klang sahaja esok sekolah ditutup sebab IPU lebih dari 300. Lain-lain daerah sekolah dibuka seperti biasa. 

Harap maklum.

Arahan 
Timbalan Pengarah JPS. 


Petikan Kosmo Online

Jerebu: Semua sekolah di KL, Putrajaya dan Selangor dibuka semula esok

24/06/2013 8:29pmKUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin berkata semua sekolah itu dibenarkan beroperasi semula esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan perkembangan positif.
Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing menunjukkan bacaan 168 dan 189 manakala IPU di Putrajaya merekodkan 156.
"Sekolah di Pelabuhan Klang pula masih diarah tutup apabila mencatat IPU tahap bahaya iaitu 319,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sufaat berkata, semua sekolah yang terlibat dengan penutupan sementara akibat jerebu itu perlu mengadakan kelas ganti dan ia akan ditentukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm#ixzz2X95WTpS0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment