Tuesday, June 25, 2013

Suasana Persekolahan Pada Musim Jerebu

Hari ini 25 Jun 2013 sekolah dibuka semula di seluruh negeri Selangor (kecuali di Pelabuhan Klang) dan Putrajaya selepas ditutup semalam akibat jerebu tebal yang melanda.  

Namun menjelang tengah hari Jabatan Pendidikan Selangor mengumumkan penutupan sekolah di tiga lagi daerah di negeri ini selepas Pelabuhan Klang semalam susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi 250 berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, tiga daerah terbabit ialah Kuala Langat yang melibatkan 71 buah sekolah diikuti Kuala Selangor (91 buah) dan Petaling Perdana sebanyak 132 buah sekolah.

Jumlah kehadiran semua murid sesi pagi dan petang pada hari ini ialah seramai 868 orang daripada seramai 1844.  Murid pagi yang hadir ialah seramai 405 orang sementara murid petang pula ialah seramai 463.  Berikut ialah antara suasana di sekolah kita yang sempat dirakamkan.



Perhimpunan pagi

Pendidikan Muzik













Hanya dua orang murid yang hadir

Kelas Pendidikan Khas

Kelas di sesi petang

Murid Tahun 1

Wakil DUN Dengkil menyerahkan topeng muka sumbangan YB Shahrom Dato Shariff

No comments:

Post a Comment