Saturday, June 15, 2013

PROGRAM KESIHATAN DAN SARAPAN SEIMBANG BERSAMA LADY'S CHOICE

Pihak Unilever(Malaysia) Holdings Sdn Bhd telah menaja satu program iaituProgram Kesihatan Dan Sarapan Seimbang Bersama Lady’s Choice” di kalangan pelajar Tahun 2 dan 3 seramai lebih kurang 200 orang. Ceramah program kesihatan disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Zainal, Pegawai Pemasaran Bahagian Lady's Choice. Matlamat program ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang betapa pentingnya mendapatkan sarapan berkhasiat dan seimbang dalam usaha membentuk para pelajar yang sihat dan cerdas. Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi fizikal dan mental mereka. Berikut antara aktiviti yang telah dirakamkan:


Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul.


Pelajar-pelajar membuat aksi "Giyomi" ala-ala Lady's Choice.


Guru-guru juga membuat aksi "Giyomi".


Cenderahati daripada pihak 'Lady's Choice' untuk pelajar-pelajar.


Ceramah kesihatan disampaikan oleh En. Mohd Firdaus bin Zainal.


Cenderahati


Cenderahati


En. Rosdin bin. Ibrahim menerima cenderahati daripada pihak 'Lady's Choice'

No comments:

Post a Comment