Monday, July 23, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh : 23 Julai 2018
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri) & Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim

SENARAI NAMA GURU BERTUGAS KUMPULAN C:

1. Puan Norlida Binti Othman

2. Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim

3. Puan Roseniza Binti Setapa

4. Puan Norli Binti Hassan

5. Puan Zailezah Binti Sardi

6. Puan Grace a/p Danaraj

7. Encik Ishak Shairazi Bin Mohd Sauzi

8. Puan Nur Murni Binti Abdullah

9. Encik Muhammad Dzarfan Bin Kamar Bahrin

10.Encik Zurilazman Bin Abdullah


Barisan Guru Bertugas Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

AGENDA PERHIMPUNAN :

1. Nyanyian Lagu Kebangsaan, Bacaan Doa dan Ikrar.


2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (16 Julai - 20 Julai 2018)

Laporan disampaikan oleh En Srimahathevan a/l Vadivelu

3.Penyampaian Pemenang Keceriaan Kelas.

Pemenang Keceriaan Kelas ( PPKI)

Pemenang Keceriaan Kelas (Tahun 4)

Pemenang Keceriaan Kelas (Tahun 5)
Pemenang Keceriaan Kelas ( Tahun 6)

4. Ucapan Guru Bertugas (Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim)


Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim menyampaikan ucapan mengenai "Hormat dan Sayangi Ibu Bapa"

4.1 Tema : Hormat dan Sayangi Ibu Bapa
a) Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak.

b) Kita perlu menghormati ibu bapa dalam pelbagai aspek umpamanya dari segi komunikasi dan pergaulan.

c) Banyak hikmah menghormati ibu bapa seperti mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah. Selain itu, jiwa kita akan merasa tenang dan tenteram. Dengan menghormati ibu bapa juga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kita. 

4.2 Perkataan Lawad


a) Bahasa Melayu : Berpusu-pusu → berduyun-duyun

b) Bahasa Inggeris : Placed → meletakkan 

c) Bahasa Arab : As-Sabi'u  (السابع) → ketujuh



5. Ucapan Pentadbir PK Kokurikulum : En Shahrizal Bin Ya'am

En Shahrizal Bin Ya'am menyampaikan ucapan 

a) Isu HFMD (kaki/tangan/mulut) segera dapatkan rawatan doktor sekiranya terdapat tanda-tanda dan maklumkan kepada pihak sekolah.

b) Hari jalinan mesra telah dijalankan pada Jumaat (20/7/2018) yang lepas. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.

c) Menasihati murid agar menggunakan peralatan dan perkakasan sekolah di bilik-bilik khas mahupun alatan permainan dan koku dengan berhemah.Peralatan-peralatan tersebut seharusnya boleh digunakan untuk lebih ramai murid dalam tempoh yang lebih lama.Merosakkan dengan sengaja atau membawa pulang barang-barang tertentu tanpa kebenaran merupakan satu tindakan yang salah dari sudut agama dan moral.

d) Patuhi tatacara pemakaian pakaian sekolah yang telah digariskan oleh KPM dan merujuk buku peraturan sekolah .Ini termasuk pemakaian pakaian UB (Unit Beruniform) pada waktu koku.

e) Semua murid dilarang masuk dan keluar dari kawasan sekolah menggunakan pagar yang berlubang berhampiran kawasan padang. Pagar tersebut telah banyak kali dibaiki namun ada segelintir murid yang tak bertanggungjawab telah merosakkan kembali.Tindakan tegas akan diambil sekiranya murid tersebut ditangkap.

f) Tahniah kepada 5 orang murid sekolah kita telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM di Kelantan yang akan berlangsung pada 5 - 10 Ogos nanti.


5.1 Senarai Nama Pemain Kriket Selangor (MSSM);

1. Asyraf Rifaei Bin Afindi, Tahun 6 Kardiologi (Spinner Bowler & Right Hand Batsman

2. Muhammad Syahir Syamael Bin Shaari, Tahun 6 Ortopedik (Spinner Bowler & Right Hand Batsman)

3. Muhammad Hafiz Bin Suhaimi, Tahun 6 PPKI  (Fast Bowler & Right Hand Batsman)

4. Muhammad Adam Azfar Bin Mazlan, Tahun 6 Surgeri  (Wicket Keeper & Right Hand Batsman)

5. Muhammad Akram B. Abd. Malek, Tahun 5 Canang  (Fast Bowler & Left Hand Batsman)

5 orang murid SKTPP akan mewakili pasukan kriket Selangor ke Kejohanan MSSM 2018 di Kelantan minggu depan. Tahniah!


Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.

Laporan disediakan oleh:

MOHD ISHAK SHAIRAZI BIN MOHD SAUZI

1 comment: