Monday, June 27, 2022

Kejohanan Merentas Desa Tahun 2022


Kejohanan Merentas Desa SKTPP telah dijalankan pada 22 Jun 2022 (Rabu) bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada puku 10.30 pagi. Kejohanan ini telah disertai oleh semua murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5, 6 dan 20 orang murid dari PPKI. 

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak  sekolah dan memperkasakan murid-murid dalam memenuhi kehendak aspirasi negara.  Aktiviti ini juga dapat membina budaya dan gaya hidup sihat selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan di samping mengembangkan potensi dan mencungkil bakat sukan yang ada dalam kalangan murid.

Aktiviti ini telah berlangsung dengan begitu bersemangat dan penuh keterujaan oleh murid-murid SKTPP yang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri bahawa mereka yang terbaik.

Berikut adalah pemenang-pemenang Kejohanan Merentas Desa:-

 TAHUN 4 (PEREMPUAN)

1.Nur Syzwani bt Fiezuan     (4 fedora)

2.Aina Batrisya bt Zamharizat    (4 Solaris)

3.Qhaira Nur Iman bt Muhammad Khaizul Azam (4 Solaris)

4.Nur Alisha Qaisara bt Abdul Rahman (4 Solaris)

5.Nur Ellyna Maisarah bt Rahmat  (4 Windows)

TAHUN 4 (LELAKI)

1.Malique Faheemy bin Mahadi   (4 Nitrux)

2.Muhammad Danish Dzakwan bin Mohd Izwan Azrul   (4 Unix)

3.Muhammad Alif Auzaie bin Mohd Nazri  (4 Madriva)

4.Muhammad Haris Farhan  (4 Unix)

5.Tuan Ahmad Afsar bin Tuan Asri    (4 Solaris)

TAHUN 5 (PEREMPUAN)

1.Nur Dayang Qamelia bt Nasrol Nizam  (5 Iphone)

2.Nur Syaza Iwani bt Sa'ari  (5 Samsung)

3.Nor Fazlina Najwa  (5 Samsung)

4.Nur Annisa Faiha bt Mohammad Sharil  (5 Sony)

5.Sarinaa a/p Norman Joseph  (5 Samsung)

TAHUN 5 (LELAKI )

1.Aidil Haikal  (5 Lenovo)

2.Muhammad Ammar bin Rusli  (5 Nokia)

3.Sufyan Al Muqri  (5 Samsung)

4.Hariz Imran bin Zamany  (5 Samsung)

5.Ibraheem Mohammad Khan bin Zubair  (5 Samsung)

TAHUN 6  (PEREMPUAN)

1.Annur Aisyah Dania binti Mohd Hafiz  (6 Ibnu Khaldun)

2.Adelina Elona Alfred Tais  (6 Ibnu Bajjah)

3.Hema Rubini a/p Thillainathan  (6 Ibnu Qayyim)

4.Aina Nadia binti Ahmad Nazri  (6 Ibnu Thufail)

5.Nur Irdina Sofiy binti Muhammad Sharil  (6 Ibnu Thufail)

TAHUN 6 ( LELAKI)

1.Muhammad Adib bin Mohd Saiful Azly  (6 Ibnu Thufail)

2.Ahmad Farhan bin Ahmad faizal  (6 Ibnu Bajjah)

3.Mohammad Hadif Danial bin Azmaini  (6 Ibnu Sina)

4.Muhammad  Fareeq  bin Syairol Nizam  (6 Al- Farabi)

5.Amer Darwish bin Razli  (6 Ibnu Sina)


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kejohanan tersebut berlangsung



  Persiapan awal sebelum mulakan aktiviti merentas desa...
                              
                              
                             

                     Aktiviti murid-murid  sepanjang  kejohanan dijalankan




        Syabas & tahniah diucapkan kepada semua pemenang murid-murid PPKI SKTPP👍





    
                                 
   
                                                              
   
                                                              

 VIP & Sukarelawan PIBG menjamu selera di kantin sekolah

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang yang menyertai Kejohanan Merentas Desa SKTPP tahun 2022 ini. 

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama kepada Guru Besar serta para pentadbir, pihak PIBG sekolah, sukarelawan ibu bapa, polis bantuan dan juga semua guru yang bertungkus lumus dalam menjayakann kejohanan Merentas Desa 2022 ini dengan lancar dan jayanya.

SKTPP BOLEH.....

Terima Kasih


Disediakan oleh:
Jamunarani Bhoja Rajan

No comments:

Post a Comment