Friday, June 3, 2022

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Taman Putra Perdana 2022

16 Mei adalah tarikh keramat bagi semua guru di Malaysia, hari di mana para guru diraikan sebagai tanda penghargaan atas khidmat baktinya. SK Taman Putra Perdana juga tidak terkecuali turut mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Bertemakan suasana kampung Sambutan Hari Guru yang meriah dan ceria ini telah diadakan pada:

Hari     : Jumaat

Tarikh   : 3 Jun 2022

Masa   : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Tema Hari Guru 2022: "Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA"

Klik sini untuk buku program Sambutan Hari Guru 2022.

Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah pada kali ini telah dimulakan dengan sesi fotografi yang melibatkan barisan pentadbir dan semua guru. Seterusnya adalah acara perarakan masuk guru-guru ke Dewan Perdana SKTPP.


Sesi fotografi

 Video belakang tabir semasa sesi fotografi 

Perarakan masuk barisan pentadbir dan guru-guru

Video perarakan masuk

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis pada hari ini iaitu Puan Nurliza binti Abd Rahman dan Puan Noor Hayati binti Yusof.

Pengacara majlis pada hari ini yang manis dan berbakat

Pengacara majlis telah mempersilakan majlis untuk diteruskan dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh Ustaz Zairuddin, ucapan ketua murid oleh adik Muhammad Adam Syaqir dan ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.

Bacaan doa

Ucapan ketua murid

Ucapan YDP PIBG

Bacaan perutusan Hari Guru 2022 merupakan agenda seterusnya pada hari ini. Perutusan dari Menteri Pendidikan telah dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran; Puan Azizah binti Mokhlas dan Penolong Kanan HEM; Datin Noraizah binti Dun pula telah membacakan perutusan dari Pengarah Pendidikan. 

Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah juga telah memberikan ucapan beliau dan diikuti dengan bacaan ikrar guru yang telah dipimpin oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan, Encik Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar. 

Bacaan perutusan oleh PK Pentadbiran

Bacaan perutusan oleh PK HEM

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah

Bacaan ikrar guru oleh Pengerusi KKGK

Petikan video semasa bacaan ikrar guru

Nyanyian lagu keramat ‘Kami Guru Malaysia’ dan lagu tema hari guru 2022 ‘Sekolah SEJAHTERA’ telah berkumandang dengan penuh bermakna pada kali ini.

Petikan video semasa nyanyian lagu

Majlis pada hari ini diikuti dengan penyampaian hadiah daripada barisan pengawas kepada semua guru dan penyampaian hadiah dari murid-murid kepada guru-guru mereka. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua murid dan ibubapa atas ucapan, ingatan dan penghargaan yang telah diberikan. 

Momen antara guru-guru dan murid-murid yang sempat dirakamkan

Kemeriahan majlis pada hari ini telah diserikan dengan acara persembahan daripada AJK PIBG Sekolah, Tuan Haji Megat Md Salleh (sajak), wakil guru yang diketuai oleh Encik Nor Amirulfitri (nyanyian) dan Encik Mohd Hadri (silap mata). 

Persembahan dari wakil PIBG dan murid

Persembahan dari wakil guru

Persembahan dari wakil guru

Penyampaian hadiah pakaian mengikut tema terbaik telah disampaikan oleh Puan Guru Besar.

Senarai pemenang adalah seperti berikut;

Kategori Guru Lelaki

Kategori Guru Perempuan

1. En Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

1. Puan Nor-Azura binti Mustafa

2. En. Srimahathevan a/l Vadivelu

2. Puan Norsiah binti Mohd Noor

3. En. Saifullah bin Mat Saupi

3. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Husin

4. En. Afandi bin Mat Zain

4. Puan Rozimah binti Yaakob

5. En. Syahrul Abidin

5. Puan Rohasniza


Pemenang kategori guru perempuan

Pemenang kategori guru lelaki

Persembahan seterusnya (dikir barat) oleh barisan guru-guru lelaki SKTPP yang telah diketuai oleh Encik Mohd Ishak Shairazi. Majlis kemudian disajikan dengan persembahan murid di bawah pimpinan Puan Astina, Puan Murni dan Puan Norbaizura (silat, koir dan nyanyian). 

Persembahan dari barisan guru lelaki SKTPP

Petikan video persembahan wakil guru




Persembahan wakil murid

Pengacara majlis seterusnya telah mengumumkan pemenang bagi anugerah guru. Guru-guru yang memenangi anugerah ini telah diundi secara atas talian melalui google form oleh anak-anak murid SKTPP. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah menerima anugerah. Semoga terus cemerlang. 

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut;

Anugerah Guru Paling Popular

Wan Faizol bin Wan Mat
Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Anugerah Guru Paling Sporting

Roslinda binti Mansor
Nor Amirulfitri bin Othman

Anugerah Guru Paling Aktif

Claudia Jacqueline Charles Nelson
Ahmad Junaidi bin Abdullah

Anugerah Guru Paling Penyayang

Julaili binti Onian
Azizah binti Ab Hamid

Anugerah Guru Paling Tegas

Tarmiji bin Sabali
Afandi bin Mat Zain

Anugerah Guru Paling Kacak

Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

Anugerah Guru Paling Cantik

Nurul Nadirah binti Kamarulzaman
Amalina binti Abd Hamid

Anugerah Guru Paling Kreatif

Arnny Yusnita binti Md Enarji
Maizara binti Mahat




Barisan penerima anugerah 

Majlis pada hari ini telah melabuhkan tirainya pada jam 12.00 tengah hari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa KKGK selaku penganjur, guru-guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh makna ini. Kenangan manis ini akan terus menjadi suntikan semangat dan motivasi guru-guru untuk terus menabur jasa kepada anak bangsa. 

Kami lampirkan video pendek kompilasi gambar-gambar sepanjang majlis pada hari ini sebagai kenangan untuk semua warga SKTPP.

Selamat Hari Guru, “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid
Nur Malisha binti Omar
AJK Sambutan Hari Guru 2022

No comments:

Post a Comment