Friday, June 17, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-11 (Sesi Pagi)

Tarikh : 13 Jun hingga 17 Jun 2022 

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 7.30 pagi - 1.00 petang

Tema  : Unit Beruniform

Tajuk : Ikhlas

    Minggu ke-11 merupakan giliran guru bertugas Kumpulan E (sesi pagi). Sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan rasmi pada hari Isnin (13 Jun 2022). Perhimpunan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengawas bertugas, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor serta lagu sekolah berkumandang. Seterusnya bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya juga telah dibacakan oleh guru bertugas. Laporan minggu lepas juga telah dilaporkan oleh Nor Azura binti Mustafa selaku guru bertugas Kumpulan D.

   Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas iaitu Pn Noriza binti Md Nor (K) yang meminta   murid-murid bersedia dengan pensel serta buku nota. Perkataan LAWAD (Learn A Word A DAy) pada minggu ini ialah:


Bahasa Melayu - Kutip bermaksud memungut benda kecil satu demi satu.

Bahasa Inggeris -  Collect bermaksud mengambil, memungut, mengumpul.

Bahasa Arab - Min Atun bermaksud cermin.


    Seterusnya, guru bertugas menerangkan tajuk minggu ini iaitu Ikhlas. Definisi ikhlas menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Ar (dgn) suci hati, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Menolong tanpa mengharapkan balasan dengan hati tulus, jujur dan merelakan. Jika kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan dan melakukannya kerana Allah, maknanya kita meninggalkan sifat riya' dan tidak menunjuk-nunjuk. Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya.

    Ketua guru bertugas telah memperkenalkan barisan guru bertugas Kumpulan E sesi pagi. Murid-murid boleh merujuk kepada guru-guru berikut sekiranya berlaku sebarang kesulitan sepanjang minggu. Barisan guru bertugas Kumpulan E seramai 12 orang ialah:

1. Noriza binti Md Nor

2. Zaleha binti Sitam

3. Syahirah binti Tumar

4. Mawaddah binti Kamarulzaman

5. Nur Zakiah binti Md Diah

6. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

7. Hanifah binti Ramlee

8. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

9. Julaili binti Onian

10. Nurhayati binti Mohamed Nor

11. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

12. Norliza binti Ali @ Yasim

    Majlis diteruskan dengan ucapan PK Hal Ehwal Murid; Datin Noraizah binti Dun yang mengingatkan tentang kehadiran murid. Murid diingatkan supaya datang awal ke sekolah dan mematuhi peraturan sekolah. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang memakai uniform lengkap unit beruniform masing-masing kerana minggu ini adalah minggu ke-3 (Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform). Jika tiada pakaian unit beruniform lengkap, murid dikehendaki memakai uniform sekolah lengkap. Pemakaian uniform sekolah lengkap telah dikuatkuasakan semula. Pemakaian kasut sukan tidak dibenarkan. Sekiranya murid menghadapi masalah kehadiran boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing serta memberi surat ketidakhadiran atau memberi salinan surat cuti sakit. Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya murid-murid sentiasa menjaga kebersihan tandas untuk keselesaan bersama.

    Bagi persekolahan sesi pagi minggu ini, murid telah hadir ke sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Murid hadir dengan membasuh tangan dan memakai pelitup muka. Ketika waktu pulang murid berjalan dalam barisan mengikut laluan dan pintu pagar yang telah ditetapkan. Persekolahan sesi pagi minggu ini berjalan dengan baik sama ada di tapak perhimpunan, dewan, kelas, padang dan kantin sekolah.

    Pada minggu ini juga telah diadakan Kursus Pemimpin Muda 2022 SKTPP yang melibatkan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

    Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru bertugas Kumpulan E atas komitment dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang menjalakan tugas yang telah diamanahkan. Semoga kita terus dapat bekerjasama dan menjalankan tanggungkajawab dengan sebaiknya.

    Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang minggu persekolahan sesi pagi minggu ini;

Ucapan Guru Bertugas

Ucapan PK Hal Ehwal Murid

Guru bertugas Kumpulan E sesi pagi.





Suasana perhimpunan rasmi hari Isnin


Kehadiran murid pada waktu pagi.



Waktu rehat murid di kantin.


Murid ketika waktu pulang



Kursus Pemimpin Muda 
(sila klik di sini)

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Pn. Hanifah binti Ramlee

No comments:

Post a Comment