Friday, June 3, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-10 (Sesi Pagi)

Tarikh : 30 Mei 2022 - 3 Jun 2022 

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 7.30 pagi - 1.00 petang

Tema  : Merah Jambu

Tajuk : Bekerjasama

  Pada minggu ke-10 ini merupakan giliran guru bertugas Kumpulan D (sesi pagi). Sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan rasmi pada hari Isnin (30 Mei 2022). Perhimpunan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengawas bertugas, Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor serta lagu sekolah berkumandang. Seterusnya bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya juga telah dibacakan oleh guru bertugas. Laporan minggu lepas juga telah dilaporkan oleh En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah selaku guru bertugas Kumpulan C. 

    Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas iaitu Pn Nor-Azura bt Mustafa yang meminta murid-murid bersedia dengan pensel serta buku nota. Perkataan LAWAD (Learn A Word A Day) pada minggu ini ialah : 

Bahasa Melayu - Alim-alim kucing bermaksud Pura-pura baik

Bahasa Inggeris - Celebration bermaksud Keraian

Bahasa Arab - صَابُونٌ bermaksud Sabun

  Seterusnya, guru bertugas menekankan konsep bekerjasama dalam kehidupan seharian khususnya ketika berada dalam lingkungan sosial di sekolah. Bekerjasama merupakan nilai murni yang sangat ditekankan dalam kerja berpasukan terutama ketika di dalam kelas contohnya bekerjasama memastikan kelas bersih sepanjang pembelajaran di sekolah.


 Guru bertugas juga memperkenalkan barisan guru bertugas Kumpulan D sesi pagi. Murid-murid boleh merujuk kepada guru-guru berikut sekiranya berlaku sebarang kesulitan sepanjang minggu. Barisan guru bertugas Kumpulan D seramai 12 orang ialah: 

1) Pn Umi Nazrah bt Saharoni (K)

2) Pn Nor-Azura bt Mustafa (PK)

3) En Srimahathevan a/l Vadivelu 

4) Pn Zailezah bt Sardi

5) Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji

6) Pn Norzainon bt Mohd Razalli 

7) Pn Norlida bt Othman

8) Pn Nor Hanim bt Ismail

9) Pn Norazian bt Mat Anuar

10) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed

11) Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze

12) Cik Azwane bt Adnan


    Majlis diteruskan dengan ucapan PK Pentadbiran; Pn Azizah bt Mokhlas yang menekankan kebersihan serta peraturan sekolah terutamanya kehadiran murid ke sekolah. Sekiranya murid menghadapi masalah kehadiran boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing agar ketidakhadiran murid dapat dilaporkan dengan baik. 

    Bagi persekolahan sesi pagi minggu ini, murid didapati hadir ke sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Murid hadir dengan membasuh tangan dan memakai pelitup muka. Ketika waktu pulang murid berjalan mengikut laluan dan pintu pagar yang telah ditetapkan. Perjalanan persekolahan pada minggu ini berjalan dengan baik sama ada di tapak perhimpunan, dewan, kelas, padang dan kantin sekolah. 

    Pada minggu ini juga telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang melibatkan kedua-dua sesi pada waktu pagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan meriah. Boleh mendapatkan laporan penuh di pautan berikut di sini.

    Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru bertugas Kumpulan D atas komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Semoga kita terus dapat bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. 

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang minggu persekolahan sesi pagi minggu ini: 

Ucapan Guru Bertugas dan PK Pentadbiran semasa perhimpunan rasmi.

Guru-guru bertugas Kumpulan D sesi pagi

Kehadiran murid pada waktu pagi

Murid ketika hadir pagi dan waktu rehat.

Suasana perhimpunan rasmi hari Isnin

Murid ketika datang dan pulang

Waktu rehat murid di kantin.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

Pn Umi Nazrah bt Saharoni

No comments:

Post a Comment