Friday, June 3, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-10 (Sesi Petang)

 Hari        : Isnin - Jumaat

Tarikh      : 30 Mei - 3 Jun 2022

Minggu persekolahan ke-10 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai Guru Bertugas Kumpulan D menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Minggu ini juga merupakan minggu ke-2 perhimpunan rasmi hari Isnin dapat dilaksanakan di Dewan Perdana. Berikut atur cara semasa perhimpunan rasmi dijalankan:-

1) Guru bertugas menyusun atur murid mengikut tahun dan kelas serta mengawal keadaan murid di dewan. Puan Norazah binti Mohd Ali merupakan guru bertugas sebagai pengacara majlis pada hari ini.

Menyusun atur murid sebelum perhimpunan bermula

Kawalan murid supaya tidak terlalu bising

2) Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu (Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah), bacaan doa dan bacaan ikrar (Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Sekolah).

Murid menyanyikan 3 buah lagu dipimpin oleh guru bertugas di hadapan

Bacaan doa oleh pengawas bertugas

Mengaminkan bacaan doa bersama-sama semoga diberkati

Bacaan ikrar Rukun Negara dan Tatatertib di Jalan Raya yang dipimpin oleh pengacara majlis

Pengawas yang mengetuai bacaan Ikrar Sekolah

Murid mengikut bacaan ikrar

3) Seterusnya, menjemput guru bertugas pada minggu lepas untuk memberikan ucapan. Encik Saifullah telah menekankan kepada murid tentang disiplin semasa waktu rehat supaya murid tidak berlari-lari dan peka kepada bunyi loceng habis waktu rehat agar murid masuk ke kelas tepat pada masanya. Selain itu, guru mengingatkan murid untuk memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing untuk tidak menjemput anak-anak terlalu lewat semasa waktu pulang dari sekolah.

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Encik Saifullah bin Mat Saupi

4) Puan Norazah memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini dan menyampaikan ucapan bertemakan kerjasama. Guru memberitahu apa makna kerjasama dan bersoal jawab dengan murid dengan siapa kita perlu bekerjasama. Kita perlu saling bantu membantu dengan semua orang di sekeliling kita sama ada ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, adik beradik dan saudara mara. Perkataan LAWAD pada minggu ini ialah, bersiar-siar (BM), jump (BI) dan qalamun (BA).

Senarai nama guru bertugas Kumpulan D adalah seperti berikut:-

1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah bint Mihat

4. Pn. Rohani binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Nashirah binti Taib

8. Pn. Salina binti Mohd Tasu

9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

10. Pn. Rabihah binti Amiruddin 

Barisan guru bertugas minggu ini

5) Akhir sekali, ucapan dari Guru Penolong Kanan Petang, Puan Siti Raudah binti Hamid. Puan Siti Raudah meminta murid yang hadir lewat ke perhimpunan untuk berbaris di barisan baharu supaya tidak mengganggu murid-murid lain yang sedia ada di dalam barisan kelas masing-masing. Seterusnya beliau juga mengingatkan murid untuk menjaga keselamatan semasa di jalan raya sewaktu pulang dari sekolah. Murid-murid adalah dilarang membeli jualan dari pihak luar di pagar B semasa balik. Kejadian murid-murid yang suka berlari untuk membeli di seberang jalan boleh membahayakan keselamatan. Beliau berharap kejadian ini tidak akan berulang lagi.

Guru Penolong Kanan Petang, Puan Siti Raudah binti Hamid

Gelagat murid semasa mendengar ucapan

Maka berakhirlah perhimpunan rasmi pada minggu ini. Seterusnya gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang sesi persekolahan sesi petang minggu ini.
 
Lawatan doktor dan nurse pergigian di prasekolah

Kehadiran murid di pagar sekolah

Terima kasih di atas kerjasama semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini (Kumpulan D) bagi memastikan perjalanan sekolah dan disiplin murid terkawal. Berjumpa lagi pada minggu bertugas akan datang.

Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment